Petang Rabu ni memang aku agak busy sikit. Kerja agak banyak dan badan pun semakin letih. Mana taknye sehari suntuk aku mengadap pc.
Tapi apa yang menarik perhatian ini adalah kawan sekerja aku yang boleh dikatakan hensem iaitu Isa. Sedang aku buat keje Isa menghampiri Ali, rakan sekerja jugak yang merupakan owner Brother MG. Alah geng motor besar tuh.. Isa dengan nada selamba tiba-tiba menyampuk.
"Member aku baru sekali jumpa lepas tuh lama dah tak nampak muka tiba call tanya khabar." isa memulakan cerita. " Dia tanya..Isa apa khabar? macam dah lama kenal pulak." Isa pun layanlah almaklumklah isa nih boleh dikatakan seorang yang peramah. layan punye layan member isa nih tiba-tiba kata nak pinjam duit.
So Isa pun layanlah lagi..."Kenapa kau nak pinjam duit? Tanya Isa. Alah Isa aku ada masalah kat asrama..hm nak bayar duit asrama. Balas member Isa lagi.
Isa dengan nada selambanya lagi tanya lagi.."Berapa ko nak pinjam?" heheh dengan selamba kataknya dia kata nak pinjam Rm Dua Ribu.
Isa pun teru jawab "takpa nanti aku sms balik kat ko.
Kat opis aku tergelak mendengar ceriter Isa yang kelakau gileerrr nih. Orang macam ni pun ada kat dunia nih.
Sebenarnya apa yang aku dapat iktibar daripada pengalaman isa ni kalau kita dalam sehari tidak menyebut nama Allah, 2 hari 3 hari dan seterusnya, andaikata terjadi sesuatu ujian terhadap diri kita, memohon meminta sesuatu kepada Allah, agak-agak Allah akan memperkenankan tak permintaan kita tadi. Selama nih kita sombong dan tak pernah mengingati Allah, kita jauh dari Allah maka Allah akan manjauhi kita.
Andaikata mamat tadi selalu contact isa, tanya khabar dan selalu berjumpa dengan Isa, pendapat aku mungkin Isa nih akan terbuka bagi pinjam duit kat mamat nih. Tak banyak pun sikit. Sebab mungkin nilai persahabatan dan setia kawan sudah terjalin.
Terima kasih Isa diatas cerita tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sejarah Perkembangan Tasawuf dan Tarekat di Malaysia
Oleh: Kamarulnizam Sani Sungai Pinang, Klang 1. Pengenalan Ilmu pengajian Tasawuf adalah salah satu dari cabang pengajian Isla...
-
Oleh : Kamarulnizam Sani Sungai Pinang, Klang 1.0 Pengenalan Peradaban Melayu telah bermula pada tahun 2,500 S.M dan 1,500 tahun s...
-
Kamarulnizam Sani Mohd Fakhrur Razi Hussin ABSTRAK : Sifat ikhlas dan jujur adalah dua sifat yang terpuji lagi dimuliakan oleh Al...
-
Alhamdulillah...sambutan hari guru peringkat sekolah Kafai Bandar Armada Putra telah selamat berlangsung pada Khamis, 17 Mei 2012. Majlis ...
No comments:
Post a Comment