Khamis, 25 Dis - Satu pengalaman baru bagi aku. Ini adalah kali kedua aku mengikuti program Mesra Rakyat bagi meraikan dan memberi sumbangan kepada OKU dan warga emas.
Aku sampai bersama Kojak (Pemangku AMK Kapar)di Blok H flat Seri Perantau Pelabuhan Klang diatas undangan Pemimpin DUN Selat Klang dan Parlimen Kapar. Sampai di sana memang ramai orang terutamanya warga emas dan OKU. First Impression aku memang tak rasa apa-apa sangat sebab waktu tuh aku letih selepas berkemas dari pagi di rumah. Waktu tu sesi pendaftaran sedang dijalankan.
Sementara itu aku bersalaman dengan Tuan Haji Bakir, Ketua PKR Bahagian Kapar dan duduk kejap menantikan sumbangan. VIP yang datang adalah Ahli Parlimen Kapar dan juga wakil DUN Selat Klang.
Apa yang menarik disini adalah reaksi OKU dan Warga Emas yang terpancar keriangan. Mereka rasakan masih ada lagi pihak yang akan membantu memberikan sumbangan. Aku tak tahu sikap yang baik ini sampai bila. Aku harapkan apa yang baik untuk rakyat perlulah adil tidak kira sesiapa saja yang memerintah kebajikan rakyat tetap terjamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sejarah Perkembangan Tasawuf dan Tarekat di Malaysia
Oleh: Kamarulnizam Sani Sungai Pinang, Klang 1. Pengenalan Ilmu pengajian Tasawuf adalah salah satu dari cabang pengajian Isla...
-
Oleh : Kamarulnizam Sani Sungai Pinang, Klang 1.0 Pengenalan Peradaban Melayu telah bermula pada tahun 2,500 S.M dan 1,500 tahun s...
-
Kamarulnizam Sani Mohd Fakhrur Razi Hussin ABSTRAK : Sifat ikhlas dan jujur adalah dua sifat yang terpuji lagi dimuliakan oleh Al...
-
Alhamdulillah...sambutan hari guru peringkat sekolah Kafai Bandar Armada Putra telah selamat berlangsung pada Khamis, 17 Mei 2012. Majlis ...
No comments:
Post a Comment