Assalamualaikum,
Terpanggil diri ini untuk mencurahkan apa sahaja isi yang berada didalam hati ini. Terluang diri ini menghasilkan blog peribadi mungkin kerna aku baru sahaja pulang dari menghadiri seminar dakwah dan ICT pada 20 Disember 2008. Rupa-rupanya blog nih pun adalah salah satu uslub bagi kita mendekatkan dan berdakwah kerana Allah.
Banyak sebenarnya yang boleh kita berkongsi dari apa jua ilmu mahupun pengalaman. Tetapi pengalaman yang paling berharga adalah diatas diri kita sendiri. dari hari ini aku bertekad sempena kita nak menyambut tahun baru masehi nih, biasalah nak kena ada azam baru. Sebenarnya azam nih bukan hanya bermula tahun baru ajer, setiap hari kita mesti berazam. Aku akan cuba nak pastikan yang blog aku ni boleh dijadikan satu sumber yang boleh kita berkongsi pendapat atau idea, atau macam-macam isu lagi.
Terus terang sebenarnya aku nih bukanlah seorang yang pandai mengarang tapi ntahlha, tak tahu kenapa dilubuk hati ini terbit pulak nak buat blog sendiri. mungkin sudah sampai masanya diri ini menjadi matang dan kematangan ini membuatkan aku lebih berhati-hati didalam setiap bicara.
Aku hidup dizaman IT, jadi kita kenalah ikut peredaran zaman. Zaman terus berubah tetapi adakah diri ini akan terus berubah juga. Tepuk dada tanyalah iman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sejarah Perkembangan Tasawuf dan Tarekat di Malaysia
Oleh: Kamarulnizam Sani Sungai Pinang, Klang 1. Pengenalan Ilmu pengajian Tasawuf adalah salah satu dari cabang pengajian Isla...
-
Oleh : Kamarulnizam Sani Sungai Pinang, Klang 1.0 Pengenalan Peradaban Melayu telah bermula pada tahun 2,500 S.M dan 1,500 tahun s...
-
Kamarulnizam Sani Mohd Fakhrur Razi Hussin ABSTRAK : Sifat ikhlas dan jujur adalah dua sifat yang terpuji lagi dimuliakan oleh Al...
-
Alhamdulillah...sambutan hari guru peringkat sekolah Kafai Bandar Armada Putra telah selamat berlangsung pada Khamis, 17 Mei 2012. Majlis ...
No comments:
Post a Comment