Thursday, January 1, 2009

Orientasi Siti Aisyah ke Tahun 1

Khamis 1 Januari 2009, pagi itu dengan tiba-tiba isteriku merasakan hatinya berdebar-debar, terus mengadukan kepadaku "Bang..rasa berdebar-debar lah pulak macam nak pegi interview ajer." heheheh itulah hari pertama aku dan isteriku menantikan saat yang paling bersejarah selepas kami berkahwin selama 8 tahun ini.

Aisyah pada hari ini akan menjejakkan kakinya bagi memulakan orientasi ke tahun satu di Sekolah Kebangsaan Batu Belah. Aku tak rasa apa-apalah cuma berharap sangat supaya Siti Aisyah diterangkan hati dan diberkati oleh Allah. " Aisyah dah masuk darjah satu dah tua kita dah ye ummi." Aku mula bergurau dengan isteriku. Apa lagi isteri aku pun membebel lah marah sangat lah tu aku cakap dia dah tua. Orang perempuan kalau bab tua nih sensitif ker?

Kat sekolah Aisyah tak berapa kekok sangat sebab dia nih senang sesuai diri dimana-mana sahaja. Selepas taklimat oleh guru besar, Aisyah kena ada exam sikit selam satu jam. Wahhh aku dulu masuk sekolah takder pun exam-exam ni. Ni macam nak masuk maktab perguruan ajer. hmmm walau bagaimanapun bagus sekolah sekarang adalah perubahan dalam nak pastikan anak bangsa berjaya.


Aisyah semasa perhimpunan pertamanya.

Sekolah Aisyah ni namanya Sekolah Kebangsaan Batu Belah, Klang. Sekolah nih ayah aku pernah sekolah sini. Selain tuh kalau korang kenal Dato' Fadzilah Kamsah yang pakar motivasi tuh pun pernah sekolah disini. Nama sekolah nih diambil bersempena nama Lagenda Batu Belah Batu Bertangkup. Kalau korang pernah dengar cerita nih..yang ibu si Melur (bukan Melur project leader dari MPU tuh tau) dan si Pekan yang terkilan tidak dapat merasa telur ikan tembakul ditelan batu belah ini. Tapi batu belahnya dah takde dah..tapaknya telah dibina sekolah integrasi batu belah.

Sekolah Batu Belah, Klang

Sementara Aisyah exam, aku pun pi bayar yuran dan duit buku. Baru aku tahu selama ini ibu bapa aku susah cari duti nak sekolah kan aku. Sekarang aku rasakan apa yang mereka rasakan. Yuran + Buku cecah rauts jugaklah. Ni baru sorang anak kalau ada dua, tiga anak camner?

Walaubagaimanapun aku tetap mendoakan Aiti Aisyah menjadi insan yang solehah di dunia dan akhirat.


Si Adik pun sempat posing kat sekolah.

Iklan
Nak buat tempahan Business Card. Sila Klik disini

No comments:

Post a Comment

Sejarah Perkembangan Tasawuf dan Tarekat di Malaysia

Oleh: Kamarulnizam Sani Sungai Pinang, Klang 1. Pengenalan Ilmu pengajian Tasawuf adalah salah satu dari cabang pengajian Isla...