Tuesday, December 23, 2008

Kontrak di MMU

Isnin lepas selepas sahaja meeting dengan Mr. David aku dikejutkan dengan kenyataan Mr. David yang staff dari UMSB akan ditamatkan kontrak mereka dengan MMU sebaik sahaja kerja-kerja dengan projek MOE selesai. Lagi satu aku sebagai projek leader, diarahkan untuk memilih hanya segelintir sahaja staff yang akan disambungkan kontrak.

Terdiam aku seketika memikir masalah yang besar ini. Aku terpaksa membuat keputusan bukan diatas kehendak aku tetapi melibatkan hal kerja. Terbayang aku wajah-wajah team Bahasa Tamil seperti Farid yang akan berkahwin pada tahun depan, Tina, Nanthini, Hanafi dan Shankar. Memang sukar untuk mencari kerja apabila kontrak mereka ini akan ditamatkan.

Bagaimanakah aku ingin memberitahu mereka semua ini? Apa yang berlegar di kepala otak aku ni adalah mental mereka. Adakah mereka akan bersungguh-sungguh didalam menghasilkan courseware Bahasa Tamil yang dateline akan datang pada bulan April ini? Secara logiknya bagi aku pun kalau aku dengar kontrak akan ditamatkan apa aku ingat akan kerja sungguh-sungguh lagi kat situ. Kalau dapat peluang aku blah!

Aku tak boleh pendam perkara ini. Selasa petang aku tekad, aku panggil semua team ini buat mesyuarat tergempar. Aku beri pengumuman. Memang reaksi mereka negatif. Siapa yang nak dengar cerita buruk macam ni. Aku buntu seketika. Aku luluskan cuti mereka seberapa banyak cuti yang mereka nak ambil walaupun sebenarnya cuti mereka dibekukan. Aku nak mereka semua release tension dan membuat planning apakah yang mereka akan hadapi akan datang. Balik kampung minta pendapat ahli keluarga yang lain.

Kepada team Bahasa Tamil, Nanthini, Farid, Shankar, Tina dan Hanafi. Kuatkan semangat menghadapi cabaran hidup. Setiap perkara yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Jangan putus berdoa dan memohon pertolongan dari Allah. Buat kerja macam biasa kerana selama kita berada di MMU kita dibayar gaji. Oleh itu tanggungjawab dan amanah perlu dilaksanakan.

Aku pun akan menanti tiba. Kontrak aku dilanjutkan lagi setahun. Aku perlu lakukan sesuatu demi masa depan anak-anakku. Anakku yang sulung Siti Aisyah akan masuk darjah satu. Aku perlu berusaha dengan lebih lagi. Selebihnya apa yang mampu aku lakukan adalah berdoa dan bertawakkal terhadap Allah.

Hati Kama.


Team Bahasa Tamil.

No comments:

Post a Comment

Sejarah Perkembangan Tasawuf dan Tarekat di Malaysia

Oleh: Kamarulnizam Sani Sungai Pinang, Klang 1. Pengenalan Ilmu pengajian Tasawuf adalah salah satu dari cabang pengajian Isla...