Jumaat,19 Disember - Petang itu aku balik macam biasalah pukul 6.45 baru keluar pejabat. Memang lemah jugak petang Jumaat nak balik lambat-lambat ni. Hujan turun dengan lebat aku dongak ke langit awan memang gelap. Aku berhenti kat tepi jalan pakai baju hujan aku.
Dalam perjalanan pulang hujan masih lebat sampai dibawah satu flyover sebelum simpang ke Sri kembang aku tengok macam kecoh-kecoh kat situ. "Apa hal lak n?" rungut aku sebab jalan dah mula jem. Aku terus menghampiri tempat yang kecoh tadi biasalah aku ni busy body skit.
Hmmm ada accident rupanya..takpalah aku buat dek aje. Lantas aku makin dekat tengok macam teruk ajer..isk..isk banyak betul motor yang hancur dan berkecai. Memang sah lah pemandu kereta nih dah rempuh penunggang motorsikal yang berteduh bawah flyover. Memang mabuk orang nih...aku tengok pemandu tuh macam mat saleh. Dua lelaki dan seorang perempuan. Tiba-tiba perasaan aku naik darah pulak bila tengok mat salleh nih langgar penunggang motor kat situ. Aku turun dan jadi pak sibuk. Aku tengok ada yang terlentang menahan kesakitan, motor dah macam keropok dah.
Keadaan makin kelam kabut, aku telefon polis dan ambulan. Aku cuba soal siasat mat salleh tersebut lagak seperti polis trafik. "Where you come from?" soal aku. " I'm from Palestine" balas mamat tadi. Lorrrr Pak Arab rupanya. Adeyyy nak marah sama Islam..aduss aku pun soallah macam-macam..dia kata student MMU. Hmm memang patutlah korang kalau bawak kereta macam bawak keter kebal. Dalam MMU pun sama jugak.
Lagi satu mata aku tertumpu lagi seorang penumpang yang ikut dengan Pak Arab muda tuh. Mak aih seksinya, pakai seluar dalam ajer (aku tak tahu jenis seluar dia pakai tapi macam swiming trunk warna hitam ketat macam seluar dalam) Astaghfirullah apa nak jadi pak Arab nih. bawak perempuan dalam kereta pakai macam tuh. Aku beranikan diri soal budak perempuan tadi..."Are you student MMU too?" soal aku, "Tak" balas dia. Aik Melayu rupanya. Hmm pening pulak kepala aku sorang gadis melayu macam tak berpakaian ikut Arab Palestine dalam kereta. NAsib baik dia tak cedera apa-apa.
Aku tinggal kan budak perempuan melayu seketika, ketika keadaan kelam kabut ambulan datang mengambil mangsa yang kesakitan. Ramai yang tanya aku macam mana nak buat. Nasib baiklah pengalaman 2 tahun aku sebagai ejen insurans dapat lah aku memberi nasihat apa yang perlu mereka buat terutamanya pasal nak claim kenderaan yang mengalamai kemalangan.
Budak arab Palestine tuh minta tolng aku kalau ada kawan-kawan dari MMU yang boleh bantu mereka disitu. Aku teringatkan Bario member kerja yang memang arif tentang budak-budak arab nih. Aku call dia tapi tak angkat. Hmm takpalah. Mungkin dia sedang layan Star Craft kat opis dia. Akhir apabila keadaan dah kembali tenang aku pun mengambil keputusan nak balik memangdang waktu senja semakin gelap.
Isnin aku berjumpa dengan bario dan menceritakan hal ini. Bario seorang yang prihatin. Beliau terus mengambil data-data budak arab tadi macam seorang inspektor polis (hang boleh jadi detektiflah bario). Mungkin dia nak siasat dan beri tazkirah skit pada budak arab tuh. Disini petikan YM aku dengan Bario.
bario 101: bro ttg pelajar accident tuh
Kama: ha'ah
bario 101: kadang mereka palestine
bario 101: tapi bukannya lagi duduk di palestin
bario 101: parent dia dah berhijrah
bario 101: apabila dibesarkan di negara org
bario 101: dgn kemewahan, mereka lupa apa itu kesusahan
bario 101: hanya sedikit yang masih merasakan
Kama: iyeke aku pun terkejut tengok palestin macam tuh
Kama: di malaysia sekarang kita fight dengan israel untukpalestin
Kama: tapi bila diorang bawak gadis melayu macam tuh
Kama: rasa dah tak caya
Kama: ramai yang kata waktu kejadian tuh
bario 101: aku pun semalam ada tegur kawan aku palestin
bario 101: bagi aku, kebanyakan manusia tidak kira dari mana, semakin melupakan tujuan sebenar kehidupan
bario 101: sebab dalam ayat quran sudah disebutkan.... manusia dan jin dijadikan untuk beribadat kepada Allah
bario 101: kemudian ramai yang sering alpa yang hidup didunia ini sementara dan ramai yang ambil lewa kehidupan kekal abadi diakhirat
bario 101: hanya sedikit sahaja manusia yang mengetahuinya
bario 101: yg penting apa yang kita lalui dalam hidup ini, kita kena bermuhasabah
bario 101: agar tidak terpesong dari jalan yang lurus....
Kama: yup aku setuju
Dengar tuh Bario punye nasihat. Memang mendalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sejarah Perkembangan Tasawuf dan Tarekat di Malaysia
Oleh: Kamarulnizam Sani Sungai Pinang, Klang 1. Pengenalan Ilmu pengajian Tasawuf adalah salah satu dari cabang pengajian Isla...
-
Oleh : Kamarulnizam Sani Sungai Pinang, Klang 1.0 Pengenalan Peradaban Melayu telah bermula pada tahun 2,500 S.M dan 1,500 tahun s...
-
Kamarulnizam Sani Mohd Fakhrur Razi Hussin ABSTRAK : Sifat ikhlas dan jujur adalah dua sifat yang terpuji lagi dimuliakan oleh Al...
-
Alhamdulillah...sambutan hari guru peringkat sekolah Kafai Bandar Armada Putra telah selamat berlangsung pada Khamis, 17 Mei 2012. Majlis ...
No comments:
Post a Comment