Wednesday, December 31, 2008

Jumpa sekali nak pinjam Dua Ribu?

Petang Rabu ni memang aku agak busy sikit. Kerja agak banyak dan badan pun semakin letih. Mana taknye sehari suntuk aku mengadap pc.

Tapi apa yang menarik perhatian ini adalah kawan sekerja aku yang boleh dikatakan hensem iaitu Isa. Sedang aku buat keje Isa menghampiri Ali, rakan sekerja jugak yang merupakan owner Brother MG. Alah geng motor besar tuh.. Isa dengan nada selamba tiba-tiba menyampuk.
"Member aku baru sekali jumpa lepas tuh lama dah tak nampak muka tiba call tanya khabar." isa memulakan cerita. " Dia tanya..Isa apa khabar? macam dah lama kenal pulak." Isa pun layanlah almaklumklah isa nih boleh dikatakan seorang yang peramah. layan punye layan member isa nih tiba-tiba kata nak pinjam duit.

So Isa pun layanlah lagi..."Kenapa kau nak pinjam duit? Tanya Isa. Alah Isa aku ada masalah kat asrama..hm nak bayar duit asrama. Balas member Isa lagi.

Isa dengan nada selambanya lagi tanya lagi.."Berapa ko nak pinjam?" heheh dengan selamba kataknya dia kata nak pinjam Rm Dua Ribu.

Isa pun teru jawab "takpa nanti aku sms balik kat ko.

Kat opis aku tergelak mendengar ceriter Isa yang kelakau gileerrr nih. Orang macam ni pun ada kat dunia nih.

Sebenarnya apa yang aku dapat iktibar daripada pengalaman isa ni kalau kita dalam sehari tidak menyebut nama Allah, 2 hari 3 hari dan seterusnya, andaikata terjadi sesuatu ujian terhadap diri kita, memohon meminta sesuatu kepada Allah, agak-agak Allah akan memperkenankan tak permintaan kita tadi. Selama nih kita sombong dan tak pernah mengingati Allah, kita jauh dari Allah maka Allah akan manjauhi kita.

Andaikata mamat tadi selalu contact isa, tanya khabar dan selalu berjumpa dengan Isa, pendapat aku mungkin Isa nih akan terbuka bagi pinjam duit kat mamat nih. Tak banyak pun sikit. Sebab mungkin nilai persahabatan dan setia kawan sudah terjalin.

Terima kasih Isa diatas cerita tadi.

Tuesday, December 30, 2008

Kebodohan Adibah Ahmad

Laman blog Adidah Ahmad telah menggemparkan rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Islam disini. Laman Blog yang baru sahaja dibina pada minggu lepas telah jelas memainkan isu sensitiviti dan penghinaan kepada manusia paling agung didunia iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Kenapakah laman blog ini muncul dengan tiba-tiba? Apakah motif disebalik penghinaan yang benar-benar jelik dengan kedengkilan Adibah Ahmad ini?


(klik imej untuk gambaran lebih besar)

Isu ini telah mendapat liputan yang meluaskan sehinggakan TV3 telah menyiarkan berita tentang ini. Dimaklumkan selepas 2 hari blog ini disiarkan ia telah mendapat hit sebanyak 3000. Selepas isu ini diperbesar, ramai pihak yang bangkit menyerang semula Adibah Ahmad yang tak berotak ini. Aku tertarik dengan komen Ustaz Fauzi dari TV3 yang menyatakan andaikata kita sebagai Muslim melihat perkara ini timbul didalam hati kita kemarahan tentang penghinaan ini maka kita masih lagi mempunyai iman dan itulah iman yang selemah-lemahnya. Andaikata kita lihat penghinaan ke atas nabi sebagai perkara biasa sahaja maka nikmat keimanan telah jauh meninggalkan kita.

Siapa Adibah Ahmad ini? Sila lihat gambar dibawah.

(klik imej untuk gambaran lebih besar)

Benarkah profile yang ditulis nih? Ada segelintir pihak yang menelefon tetapi sebenar Adibah Ahmad tidak wujud dan nombor telefon yang diberi adalah dari sebuah syarikat Automotive. Satu laporan polis telah dibuat.Hmm kes aniaya lah nih. Tapi kalau nak aniaya kenapa libatkan Nabi natang!!!(maki dalam loghat terengganu)

Maaf aku dah teremosi sikit. Memang aku sebabgai umat Nabi Muhammad S.A.W memang marah tentang benda nih. Cuba tengok imej kat bawah.


(klik imej untuk gambaran lebih besar)

Camne korang! Baru tengok tajuk dah naik dah darah nih. Belum lagi gambar-gambar yang disiarkan. Maaf gambar aku takleh nak upload sebab tak sanggup aku. Memang menjijikkan.

Terbaru laman web nih dah diremove dah. Kepada Syaitan yang menyamar sebagai Adibah bertaubatlah kalau ko siuman. Apa yang ko sakitkan hati sangat pada Nabi Muhammad S.A.W? Apa salah dia pada ko? Ingatlah!Allah maha berkuasa. Anytime aje ko boleh dideletekan di alam ini.

Wasalam.

Marilah kita mendoakan agar musuh-musuh Islam ini dilaknat dan dihancurkan oleh Allah S.S.T.

...........................................................................................
Iklan.
Ingin menempah rubber stamp secara online? Mudah dan Cepat. Sila klik disini.

Monday, December 29, 2008

Minggu Yang Sibuk

Macam YB bila setiap minggu dan pantang ada cuti umum maka disitulah diari kehidupan aku diwarnai dengan berbagai-bagai aktiviti. Mula dengan cuti Krismas, maka sibuklah satu hari suntuk aku mengecat bilik tidur Aisyah. Tema bilik Aisyah aku memilih warna biru yang lembut. Lebih sejuk mata memandang.

Hari Jumaat macam biasa aku pergi kerja. Kenapa rajin sangat aku nih..kat opis teman sekerja semuanya ambik cuti direct sampai hari Isnin. Tapi takpalah lagi ramai cuti lagi seronoklah.

Hari Ahad tengahhari ada demonstrasi Silat Gayong kat Rantau Panjang. Bawak budak-budak buat persembahan. Petang pulak ada jemputan kenduri kahwin kat sini.

Ahad malam adalah pembukaan diari kehidupan aku. Kali ni sempena menyamput tahun baru Islam sebelum maghrib aku lari ke surau. Pak Imam Idris membaca Doa akhir dan awal tahun. Tersentuh hati ini. Malam aku terus beri'tikaf di Masjid Meru sampai ke pagi mengikuti program disitu.

Jadi sempena menyambut Awal Muharam ini, aku perlu berhijrah dari apa yang kekurangan terhadap diri ini adalah lebih baik dari akan datang.

Thursday, December 25, 2008

Bersama OKU dan Warga Emas Selat Klang

Khamis, 25 Dis - Satu pengalaman baru bagi aku. Ini adalah kali kedua aku mengikuti program Mesra Rakyat bagi meraikan dan memberi sumbangan kepada OKU dan warga emas.

Aku sampai bersama Kojak (Pemangku AMK Kapar)di Blok H flat Seri Perantau Pelabuhan Klang diatas undangan Pemimpin DUN Selat Klang dan Parlimen Kapar. Sampai di sana memang ramai orang terutamanya warga emas dan OKU. First Impression aku memang tak rasa apa-apa sangat sebab waktu tuh aku letih selepas berkemas dari pagi di rumah. Waktu tu sesi pendaftaran sedang dijalankan.

Sementara itu aku bersalaman dengan Tuan Haji Bakir, Ketua PKR Bahagian Kapar dan duduk kejap menantikan sumbangan. VIP yang datang adalah Ahli Parlimen Kapar dan juga wakil DUN Selat Klang.

Apa yang menarik disini adalah reaksi OKU dan Warga Emas yang terpancar keriangan. Mereka rasakan masih ada lagi pihak yang akan membantu memberikan sumbangan. Aku tak tahu sikap yang baik ini sampai bila. Aku harapkan apa yang baik untuk rakyat perlulah adil tidak kira sesiapa saja yang memerintah kebajikan rakyat tetap terjamin.

Tuesday, December 23, 2008

Kontrak di MMU

Isnin lepas selepas sahaja meeting dengan Mr. David aku dikejutkan dengan kenyataan Mr. David yang staff dari UMSB akan ditamatkan kontrak mereka dengan MMU sebaik sahaja kerja-kerja dengan projek MOE selesai. Lagi satu aku sebagai projek leader, diarahkan untuk memilih hanya segelintir sahaja staff yang akan disambungkan kontrak.

Terdiam aku seketika memikir masalah yang besar ini. Aku terpaksa membuat keputusan bukan diatas kehendak aku tetapi melibatkan hal kerja. Terbayang aku wajah-wajah team Bahasa Tamil seperti Farid yang akan berkahwin pada tahun depan, Tina, Nanthini, Hanafi dan Shankar. Memang sukar untuk mencari kerja apabila kontrak mereka ini akan ditamatkan.

Bagaimanakah aku ingin memberitahu mereka semua ini? Apa yang berlegar di kepala otak aku ni adalah mental mereka. Adakah mereka akan bersungguh-sungguh didalam menghasilkan courseware Bahasa Tamil yang dateline akan datang pada bulan April ini? Secara logiknya bagi aku pun kalau aku dengar kontrak akan ditamatkan apa aku ingat akan kerja sungguh-sungguh lagi kat situ. Kalau dapat peluang aku blah!

Aku tak boleh pendam perkara ini. Selasa petang aku tekad, aku panggil semua team ini buat mesyuarat tergempar. Aku beri pengumuman. Memang reaksi mereka negatif. Siapa yang nak dengar cerita buruk macam ni. Aku buntu seketika. Aku luluskan cuti mereka seberapa banyak cuti yang mereka nak ambil walaupun sebenarnya cuti mereka dibekukan. Aku nak mereka semua release tension dan membuat planning apakah yang mereka akan hadapi akan datang. Balik kampung minta pendapat ahli keluarga yang lain.

Kepada team Bahasa Tamil, Nanthini, Farid, Shankar, Tina dan Hanafi. Kuatkan semangat menghadapi cabaran hidup. Setiap perkara yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Jangan putus berdoa dan memohon pertolongan dari Allah. Buat kerja macam biasa kerana selama kita berada di MMU kita dibayar gaji. Oleh itu tanggungjawab dan amanah perlu dilaksanakan.

Aku pun akan menanti tiba. Kontrak aku dilanjutkan lagi setahun. Aku perlu lakukan sesuatu demi masa depan anak-anakku. Anakku yang sulung Siti Aisyah akan masuk darjah satu. Aku perlu berusaha dengan lebih lagi. Selebihnya apa yang mampu aku lakukan adalah berdoa dan bertawakkal terhadap Allah.

Hati Kama.


Team Bahasa Tamil.

Monday, December 22, 2008

Pak Arab accident.

Jumaat,19 Disember - Petang itu aku balik macam biasalah pukul 6.45 baru keluar pejabat. Memang lemah jugak petang Jumaat nak balik lambat-lambat ni. Hujan turun dengan lebat aku dongak ke langit awan memang gelap. Aku berhenti kat tepi jalan pakai baju hujan aku.

Dalam perjalanan pulang hujan masih lebat sampai dibawah satu flyover sebelum simpang ke Sri kembang aku tengok macam kecoh-kecoh kat situ. "Apa hal lak n?" rungut aku sebab jalan dah mula jem. Aku terus menghampiri tempat yang kecoh tadi biasalah aku ni busy body skit.

Hmmm ada accident rupanya..takpalah aku buat dek aje. Lantas aku makin dekat tengok macam teruk ajer..isk..isk banyak betul motor yang hancur dan berkecai. Memang sah lah pemandu kereta nih dah rempuh penunggang motorsikal yang berteduh bawah flyover. Memang mabuk orang nih...aku tengok pemandu tuh macam mat saleh. Dua lelaki dan seorang perempuan. Tiba-tiba perasaan aku naik darah pulak bila tengok mat salleh nih langgar penunggang motor kat situ. Aku turun dan jadi pak sibuk. Aku tengok ada yang terlentang menahan kesakitan, motor dah macam keropok dah.

Keadaan makin kelam kabut, aku telefon polis dan ambulan. Aku cuba soal siasat mat salleh tersebut lagak seperti polis trafik. "Where you come from?" soal aku. " I'm from Palestine" balas mamat tadi. Lorrrr Pak Arab rupanya. Adeyyy nak marah sama Islam..aduss aku pun soallah macam-macam..dia kata student MMU. Hmm memang patutlah korang kalau bawak kereta macam bawak keter kebal. Dalam MMU pun sama jugak.

Lagi satu mata aku tertumpu lagi seorang penumpang yang ikut dengan Pak Arab muda tuh. Mak aih seksinya, pakai seluar dalam ajer (aku tak tahu jenis seluar dia pakai tapi macam swiming trunk warna hitam ketat macam seluar dalam) Astaghfirullah apa nak jadi pak Arab nih. bawak perempuan dalam kereta pakai macam tuh. Aku beranikan diri soal budak perempuan tadi..."Are you student MMU too?" soal aku, "Tak" balas dia. Aik Melayu rupanya. Hmm pening pulak kepala aku sorang gadis melayu macam tak berpakaian ikut Arab Palestine dalam kereta. NAsib baik dia tak cedera apa-apa.

Aku tinggal kan budak perempuan melayu seketika, ketika keadaan kelam kabut ambulan datang mengambil mangsa yang kesakitan. Ramai yang tanya aku macam mana nak buat. Nasib baiklah pengalaman 2 tahun aku sebagai ejen insurans dapat lah aku memberi nasihat apa yang perlu mereka buat terutamanya pasal nak claim kenderaan yang mengalamai kemalangan.

Budak arab Palestine tuh minta tolng aku kalau ada kawan-kawan dari MMU yang boleh bantu mereka disitu. Aku teringatkan Bario member kerja yang memang arif tentang budak-budak arab nih. Aku call dia tapi tak angkat. Hmm takpalah. Mungkin dia sedang layan Star Craft kat opis dia. Akhir apabila keadaan dah kembali tenang aku pun mengambil keputusan nak balik memangdang waktu senja semakin gelap.

Isnin aku berjumpa dengan bario dan menceritakan hal ini. Bario seorang yang prihatin. Beliau terus mengambil data-data budak arab tadi macam seorang inspektor polis (hang boleh jadi detektiflah bario). Mungkin dia nak siasat dan beri tazkirah skit pada budak arab tuh. Disini petikan YM aku dengan Bario.

bario 101: bro ttg pelajar accident tuh
Kama: ha'ah
bario 101: kadang mereka palestine
bario 101: tapi bukannya lagi duduk di palestin
bario 101: parent dia dah berhijrah
bario 101: apabila dibesarkan di negara org
bario 101: dgn kemewahan, mereka lupa apa itu kesusahan
bario 101: hanya sedikit yang masih merasakan
Kama: iyeke aku pun terkejut tengok palestin macam tuh
Kama: di malaysia sekarang kita fight dengan israel untukpalestin
Kama: tapi bila diorang bawak gadis melayu macam tuh
Kama: rasa dah tak caya
Kama: ramai yang kata waktu kejadian tuh
bario 101: aku pun semalam ada tegur kawan aku palestin
bario 101: bagi aku, kebanyakan manusia tidak kira dari mana, semakin melupakan tujuan sebenar kehidupan
bario 101: sebab dalam ayat quran sudah disebutkan.... manusia dan jin dijadikan untuk beribadat kepada Allah
bario 101: kemudian ramai yang sering alpa yang hidup didunia ini sementara dan ramai yang ambil lewa kehidupan kekal abadi diakhirat
bario 101: hanya sedikit sahaja manusia yang mengetahuinya
bario 101: yg penting apa yang kita lalui dalam hidup ini, kita kena bermuhasabah
bario 101: agar tidak terpesong dari jalan yang lurus....
Kama: yup aku setuju

Dengar tuh Bario punye nasihat. Memang mendalam.

Sunday, December 21, 2008

Ada apa pada Kayu Sugi

Pagi tadi sedang aku berjalan bersama Nabila menuju ke MPU untuk meeting bersama Mr. David, tersentak dengan nama aku dipanggil oleh Amin Life, dengan nada yang ceria, Amin bersama Hanafi dan farid tergelak dipagi Isnin yang dingin ini.

Amin berseluruh lantas menoleh ke arah aku dan Nabila dengan mengusik Hanafi yang mengantuk. " Kenapa min?", sapa aku yang kehairanan. " Hanafi ni ha mengantuk kalau bagi kayu sugi hilang mengantuk", tersengih-sengih Amin macam pelakon kesayangannya Maya Karin.

Jadi timbul idea aku untuk berkongsi ilmu tentang kayu sugi yang kita semua masih samar akan kabaikannya.

Kepentingan bersugi dalam Islam.

Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Tahukah Anda Punca Gigi Berlubang?

Penyakit karies (caries) atau gigi berlubang masih merupakan topik yang hangat untuk dibicarakan sampai saat ini. Karies merupakan suatu penyakit jaringan keras gigi iaitu enamel, dentin dan sementum yang disebabkan oleh aktiviti bakteria dalam suatu karbohidrat yang dapat diragikan.

Pada tahun ke lima puluhan, Orland dan Keyes dalam penelitiannya memperlihatkan besarnya peranan bakteria dalam pembentukkan karies. Tikus percubaan diberi diet yang sangat kariogenik. Ternyata jika kondisinya dijaga bebas kuman maka karies tidak terbentuk. Ketika bakteria ditambahkan, karies pun muncul.

Plak gigi terbentuk dari saliva, sisa epitel jaringan mulut, sisa makanan dan bakteria. Peniadaan plak sebanyak mungkin setelah makan harus dilakukan kerana plak gigi memegang kunci dalam keberhasilan pembentukan karies. Sesuai yang dikatakan Kantorowicf: “clean teeth never decay” (gigi yang bersih akan sulit rusak). Antara bakteria yang terdapat pada plak gigi adalah jenis Streptococcus mutans, memiliki korelasi positif terhadap asal mula pembentukan karies.

Karies (caries) adalah penyakit multifaktorial yang meliputi (Keyes 1960):

  1. Host : Gigi & saliva
  2. Agent : Bakteria kariogenik
  3. Environment : Substrat (Sukrosa)
  4. Time
Seiring berkembangnya pengetahuan yang lebih mendalam tentang karies, para peneliti berlumba-lumba untuk menghentikan proses karies. Cara mekanik, kimia dan immunologi merupakan pendekatan yang paling rasional.

WHO telah mentargetkan pada tahun 2010 penduduk usia 20 tahun, 75% nya harus merupakan karies inaktif dan pada tahun 2025 targetnya meningkat menjadi 90%.

Kerisauan Yang Berasas...

Di pasaran dunia dan Malaysia khususnya terjadi lambakan barangan keperluan yang diperbuat daripada sumber yang haram dan beracun. Berdasarkan kepada Panduan Halal Haram yang di keluarkan oleh Consumer Association of Penang (CAP),

“Lazimnya berus yang diperbuat daripada bulu babi dilabelkan sebagai ‘Pure Bristle’. Selain berus lukisan, berus cat, berus menggosok kasut dan songkok, berus gigi dan berus cukuran dikhuwatiri mengandungi bahan haram ini.”

Pada saat umat islam dilanda dengan kebimbangan mengenai status barangan halal khususnya keperluan dalam menjaga kesihatan mulut, Nabi SAW telah memberikan satu solusi yang terbaik hampir 1400 tahun yang lalu. Perlu kita diketahui bahawa pada zaman nabi telah terdapat pelbagai jenis alat pembersih mulut seperti powder tetapi siwak tetap menjadi pilihan Baginda SAW.

Sejarah Siwak

Beraneka ragam peralatan sederhana digunakan untuk membersihkan mulut dari sisa-sisa makanan, mulai dari batang kayu, ranting pohon, kain, bulu burung, tulang haiwan hingga dari landak. Antara peralatan tradisional yang perlu diketahui sebagai pembersih gigi dan mulut adalah kayu siwak (Salvadora persica). Siwak (Chewing Stick) telah digunakan oleh masyarakat Babilonia semenjak 7000 tahun yang lalu, yang kemudian digunakan pula di zaman Kerajaan Yunani dan Romawi, Yahudi, Mesir dan Kerajaan Islam. Penggunaan chewing stick (kayu kunyah) berasal dari tanam-tanaman yang berbeza-beza pada setiap negera. Di Timur Tengah, sumber utama yang sering digunakan adalah pohon arak (Salvadora persica), di Afrika Barat yang digunakan adalah pohon lemon (Citrus aurantifolia) dan pohon limau (Citrus sinesis). Akar tanaman Senna (Cassiva vinea) digunakan oleh orang Amerika berkulit hitam, Laburnum Afrika (Cassica sieberianba) digunakan di Sierre Leone serta Neem (Azadirachta indica) digunakan secara meluas di benua India.

Emslie (1996) cit Babay (1999) melaporkan untuk pertama kalinya adanya prevelensi karies lebih rendah pada pengguna siwak dibandingkan dengan pengguna berus gigi biasa di Negara Sudan. Baghdady dan Ghose (1979) cit Babay (1999) juga melaporkan prevelensi karies yang rendah pada anak-anak sekolah di Negara Sudan akibat dari penggunaan siwak.

Pada penelitian Almas, Skaug dan Ahmad (2004) ekstrak siwak memiliki daya antibakteria terhadap Streptococcus mutans dan Streptococcus faekalis. Kelebihan siwak dalam membersihkan gigi dan mulut menurut Hardie dan Ahmed (1995) cit Darout, Skaug (1995) disebabkan oleh kesan mekanik dari serat-serat batang dan siwak mampu melepaskan zat aktif yang sangat bermanfaat. Hal ini mungkin merupakan jawapan terhadap prevelensi karies yang rendah di Sudan. Secara in-vitro menurut laporan Al-lafi dan Ababneh (1999) cit Darout et al (2001) siwak dapat menginhibisi (menghambat) pembentukan plak gigi, pertumbuhan dan produksi asid oleh beberapa bakteria kariogenik.

WHO pada tahun 1984 dan Consensus Statement on Oral Hygiene (2000) menganjurkan penggunaan chewing stick (kayu sugi) kerana efektivitasnya dalam menghilangkan plak dan mencegah karies gigi.

Komposisi Siwak mempunyai kesan sebagai berikut: (Tubaishat et al 2005):

  1. Trimethylamine berguna untuk menghilangkan karang gigi dan stain (kotoran), juga sebagai anti-bakteria, anti-inflamasi dan mampu menstimulasi gingiva.
  2. Chloride sebagai penghalang pembentukkan calculus dan membantu menghilangkan stain ekstrinsik dari gigi.
  3. Flouride berfungsi untuk memperkuat enamel gigi, mendukung remineralisasi sehingga mencegah terjadinya karies gigi. Ion flouride juga membentuk kesan penghalang terhadap pertumbuhan bakteria pada plak gigi.
  4. Silika suatu bahan abrasif yang berfungsi membantu membersihkan gigi kerana silika bekerja sebagai bahan pembersih yang dapat menghilangkan kotoran.
  5. Vitamin C membantu penyembuhan dan perbaikan jaringan gusi.
  6. Tannin atau molekul phenolic yang mengandung zat astrigen yang dapat melindungi gingiva.
  7. Saponin mempunyai sifat seperti sabun yang dapat melarutkan kotoran, dan dapat digunakan sebagai anti-inflamasi (peradangan) dan anti-mikrob.
  8. Flavonoids berfungsi menguatkan gingiva dan dapat mengurangi inflamasi (radang)
  9. Sterol dapat mengurangi penumpukan plak.
  10. Salvadorine berfungsi sebagai anti-bakteria, anti-inflamasi dan gingiva stimulating.
  11. Resins adalah produk amorphous yang membentuk lapisan pelindung untuk mencegah gigi dari karies.
  12. Sulfur bau dan rasanya yang pedas digunakan untuk melindungi gigi dari karies.
  13. Komponen anionik antibakteria adalah sulphate (SO42-), chloride (Cl-) dan thiocyanate (SCN-).
sumber dari internet.
Pengajaran.
Lepas nih aku akan cuba mengamalkan bersugi. Thanks to Amin Life diatas idea ini.

Ku buka dengan Awal Bismillah

Assalamualaikum,

Terpanggil diri ini untuk mencurahkan apa sahaja isi yang berada didalam hati ini. Terluang diri ini menghasilkan blog peribadi mungkin kerna aku baru sahaja pulang dari menghadiri seminar dakwah dan ICT pada 20 Disember 2008. Rupa-rupanya blog nih pun adalah salah satu uslub bagi kita mendekatkan dan berdakwah kerana Allah.

Banyak sebenarnya yang boleh kita berkongsi dari apa jua ilmu mahupun pengalaman. Tetapi pengalaman yang paling berharga adalah diatas diri kita sendiri. dari hari ini aku bertekad sempena kita nak menyambut tahun baru masehi nih, biasalah nak kena ada azam baru. Sebenarnya azam nih bukan hanya bermula tahun baru ajer, setiap hari kita mesti berazam. Aku akan cuba nak pastikan yang blog aku ni boleh dijadikan satu sumber yang boleh kita berkongsi pendapat atau idea, atau macam-macam isu lagi.

Terus terang sebenarnya aku nih bukanlah seorang yang pandai mengarang tapi ntahlha, tak tahu kenapa dilubuk hati ini terbit pulak nak buat blog sendiri. mungkin sudah sampai masanya diri ini menjadi matang dan kematangan ini membuatkan aku lebih berhati-hati didalam setiap bicara.

Aku hidup dizaman IT, jadi kita kenalah ikut peredaran zaman. Zaman terus berubah tetapi adakah diri ini akan terus berubah juga. Tepuk dada tanyalah iman.

Sejarah Perkembangan Tasawuf dan Tarekat di Malaysia

Oleh: Kamarulnizam Sani Sungai Pinang, Klang 1. Pengenalan Ilmu pengajian Tasawuf adalah salah satu dari cabang pengajian Isla...