Wednesday, January 7, 2009

Penawar Rindu Klasik - Masakan Temerloh


Pertama kali aku masuk ke kedai nih memang menusuk ke dalam kalbu. Rasa bangga dan terharu satu kedai makan yang berkonsepkan barangan antik telah muncul di tempat aku.
Baru-baru ini aku dan isteri menerima undangan member merangkap customers wife aku Sabree untuk dia merasmikan kedai makan barunya yang dinamakan Restoren Penawar Rindu Klasik.

Rasa pelik pun ada nama kedai nih. Tapi memang kreatif. Tak sangka masuk-masuk ke dalam kedai tuh, bukannya kedai tapi macam muzium negara plak. Aku apa lagi part makan free tak miss punyer. Biasalah permulaan baru nak beroperasi aku makan rendang ayam, mihun dan air teh.


Konsep kedai ni memang antik. Barangan antik dari kamera lama ke basikal lama semua di pamerkan di dalam kedai nih. Tapi masakan datang dari temerloh, Pahang. Takpalah aku orang Klang nih dah muak asyik-asyik makan Tomyam dan nasi Padang. Itu ajer yang ada kat Klang nih. Naik kembang jugak tekak aku. Kira kedai masakan Pahang nih hmm oklah masakan dia.Yang popular biasalah kalau Pahang tuh tak ikan patin masak tempoyak temerloh. Aisehh terliur plak aku.



Walaubagaimanapun tahniah kepada Sabree, semoga usaha anda akan menerima kejayaan.

Kepada member2 yang nak datang sini, bolehlah inform kat aku.

Nih aku attachkan sekali gambar-gambar kat dalam restoren Penawar Rindu.


Aisyah dan Ridha dibelakang basikal tua.


Gambar seniwati Sarimah pun ada.


Sebelah kiri tu mesin kira dan yang tengah tuh radio.


Periuk lama nih mana nak dapat lagi?


Typewriter yang digunakan oleh Tarzan Labi minta gaji naik pada Haji Bakhil.hhehe gurau ajer.


Tokeh kedai Bro. Sabree.

...........................................................................................................................................
IKLAN.
1) Nak buat tempahan kad kahwin. Sila klik disini.

4 comments:

  1. klasik betol kedai ni.. jrg2 jumpe kedai mcm ni.. sambil tunggu mknan sampai, leh cuci mata hehehe..

    ReplyDelete
  2. kat mane kedai ni. kasi la alamat ker.. map ker eheheh! pekene gulai tempoyak ikan patin sedap jugak.

    ReplyDelete
  3. Melor orang Pahang yerrr...waaa camni bolehlah belanja saya makan ikan patin gulai tempoyak made in Pahang, kalau nak datang sms ajer..

    ReplyDelete
  4. Boleh beritahu alamat penuh kedai ini, menarik untuk dikunjungi. Terima kasih

    ReplyDelete

Sejarah Perkembangan Tasawuf dan Tarekat di Malaysia

Oleh: Kamarulnizam Sani Sungai Pinang, Klang 1. Pengenalan Ilmu pengajian Tasawuf adalah salah satu dari cabang pengajian Isla...