Aku seperti dah menjangka apa yang telah berlaku disitu. Tak lain tak bukan accidentlah. Aku dah banyak kali follow up dengan MPK supaya dibina satu bonggol kat kawasan yang dikenal pasti selalu berlaku kemalangan. Alasan yang diberi jalan besarlah tak boleh buat bonngol, nanti kereta rosaklah. Apa ni! dah ada nyawa yang akan melayang baru diorang nak tergadah.
Apalagi aku parking kereta kat rumah cari kamera dan bersedia untuk menjadi wartawan yang tak bertauliah. Sampai tempat kejadian jumpalah dengan anak-anak buah yang dari awal menjadi penghuni sementara kat situ. Siasat punyer siasat sabijik 4 wheel drive yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa Cina yang mabuk telah terbabas dan melanggar kereta yang diparking disebelah bahu jalan.
Nasib baik lelaki tadi terus lari ke balai polis untuk buat report. Kereta yang dilanggar pulak kepunyaan Rosli salah seorang penduduk kat situ.
Hmmm itulah kerajaan dah banyak kali ingatkan pada pengguna jalan raya "Dont Drink And Drive", tapi diorang nih degil otak letak kat kepala lutut.Bengong! Nasib baik takde nyawa yang melayang. Kalau tidak tak taulah apa nasib pemandu yang mabuk tadi.
Belakang kereta yang telah remuk.
Callman yang bertungkus lumus nak menarik kereta yang telah remuk. Pemandu mabuk telah lari menyelamatkan diri.
..........................................................................
IKLAN
1) Pembuat Rubber Stamp Bumiputera. Sila klik sini.
No comments:
Post a Comment