Sampai kat bandar Melaka aku cari parking, memang penuh maklumlah cuti panjanglah katakan sempena tahun baru cina nih..akhirnya aku pusing-pusing kat situ dapatlah parking betul-betul kat depan Balai Polis Melaka. Tempat yang mula-mula aku lawati adalah jeti Sungai Melaka. Memang bestlah kat situ boleh naik bot sambil ronda-ronda dan juga terdapat replika kincir air Sultan Melaka.
(Ditepi jeti Sungai Melaka)
Aku teruskan juga perjalanan dengan melawat Bandar Belanda, kat depan bandar nih terkejut aku ada Bas Double Decker sebijik macam kat London. Waaa ini sudah bagus.
(Bas Double Decker)
Lepas tuh menuju ke Gereja St. Paul dan Kota A Famosa. Sampai ajer aku dikedua-dua tempat nih tiba-tiba hati menjadi sayu dan hiba. Terfikir sejenak bagaimanakah keadaan orang-orang Melaka sewaktu Portugis menyerang Melaka? Adakah nasib mereka sama seperti nasib orang-orang Palestin yang dihenyak oleh Yahudi Laknatullah. Aku pernah terbaca satu artikel yang menyatakan keadaan Melaka diserang Portugis ketika waktu malam ketika penduduk Melaka sedang tidur. Meriam yang dilepaskan kebanyakannya memusnahkan rumah-rumah. Masjid dan Istana dirobohkan. Ramai orang Melaka juga telah murtad ketika itu. Mungkinkah orang Melaka disembelih oleh penjajah Portugis nih?
Juga kota A Famosa sebenarnya batu-batu bangunan tersebut diambil dari Masjid yang dirobohkan dan juga batu nisan dari perkuburan Islam.
(Kota A Famosa yang menjadi saksi segalanya)
Kalau kita lihat faktor kejatuhan Melaka sendiri adalah dari kelemahan pemimpin yang ketika itu penuh dengan korupsi, ketidakadilan dan kronisme. Senang-senang ajer Portugis menawan Melaka. Waktu Portugis menyerang tentera dan hulu balang Melaka bermati-matian mempertahankan kota Melaka. Sultan lari menyelamatkan diri ke Johor bersama kroni-kroninya. Akhirnya tergadailah negeri Melaka yang tercinta ini.Pemimpin sekarang pun jangan lalai,banyakkan dengan mengkaji Sejarah. Jangan sampai Malaysia pula yang tergadai.
Selepas penat berjalan singgah sebentar ke ke Pusat Kraft berhadapan Jeti Sungai Melaka. Banyak kraftangan yang dijual. Lepaskan penat singgah ke Restoran Zaiton kat Bandar Hilir nak rasa asam pedas Melaka. Memang sedap! Selepas itu aku berangkat ke Umbai untuk melawat Bapa saudara disana.
(Ooooo cami rupanya Pokok Melaka..memang redup)
Perancangan Insyallah lepas nih nak melawat ke Pulau Besar Melaka.
...........................................................................
IKLAN
1)Pembuat Cop Getah Bumiputra