Thursday, April 28, 2011

Nasyid Pertama Bandar Armada Putra



Syukur Alhamdulillah pada 23 April yang lalu Sekolah Kafa (i) Bandar Armada Putra telah menghantar peserta ke Kemahiran Amal Islami (KAMIL) peringkat daerah Klang yang berlangsung di SRA Sungai Udang Klang. Walaupun ini pertama kali sekolah menghantar peserta nasyid tetapi aku tetap berbangga dengan mereka.Walaupun sekolah lain hebat-hebat dengan persembahan mereka, tetapi apa yang dibanggakan murid sekolah kafa ini menunjukkan bakat mereka yang selama ini terpendam.

(Walaupun tiada alat perkusi yang mencukupi mereka tetap bersemangat berlatih)

Mereka berlatih selama sebulan dengan membawa lagu Selawat Badriah dan lagu ciptaan aku sendiri iaitu Ilmu Cahaya.Disini aku juga ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada guru-guru kafa yang bertungkus lumus melatih dan membimbing murid-murid. Walaupun tak menang tapi yang penting penyertaan kita.Anggaplah kumpulan nasyid kita ini baru sahaja dilahirkan dan memerlukan waktu untuk merangkak, bertatih, berjalan dan akhirnya berlari.Juga kepada peserta-peserta yang lain, pidato, khutbah jumaat, solat jenazah bercerita dan khat.
Semoga kita diberi kejayaan oleh Allah.


Hati Kama

Wednesday, April 27, 2011

Biodisc-Pengalaman ke Pulau Indah (siri2)


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah, walaupun sibuk dengan pelbagai tugas namun coretan didalam blog ini tetap diteruskan untuk dikongsi bersama. Pulau Indah, Pelabuhan Klang menjadi destinasi seterusnya bagi membantu insan yang benar-benar memerlukan.
Seorang pesara kerajaan, Tuan Haji Chiruki bin Atim (65 tahun) selama ini menderita dengan sakit lutut yang dihidapinya. Apatah lagi dengan menghidap kencing manis dan darah tinggi adalah perkara biasa bagi masyarakat Malaysia ini. Aku bersama En. Mat memulakan tugas awal dengan merawat lutut beliau dan juga pernah menyandang jawatan ketua kampung Sungai Pinang ini.
Permulaan dirawat dengan memberikan beliau minum air Biodisc sebanyak dua gelas.Seterusnya aku membasahkan lutut beliau dengan air biodisc dan memulakan rawatan secara teknik suluhan selama satu jam. Semasa rawatan aku memberikan taklimat khas mengenali apakah Biodisc dan kegunaannya. Akhirnya aku membekalkan sebanyak 10 liter air Biodisc untuk beliau amalkan. Disamping itu minyak urut yang biasa Hj Chiruki sapu telah aku rawatkan menggunakan biodisc.
Besoknya Haji Chiruki telah menghubungi En Mat dan menyatakan kesudian beliau memiliki Biodisc. Alhamdulillah beliau sudah rasa sedikit perubahan ke atas lutut beliau walaupun baru satu jam disuluh dengan Biodisc. Haji Chiruki juga bersetuju akan mengumpul kenalan beliau dari Pulau Indah untuk bersama-sama mendengar taklimat dan rawatan menggunakan biodisc. Aku bersyukur pasaran Biodisc sudah masuk ke Pulau Indah dan memberikan manfaat kepada mereka.
Wallahu a’lam.
Hati Kama

Kehadiran Biodisc ke Pulau Indah akan memberikan sinar harapan kepada pesakit-pesakit kronik.

Monday, April 25, 2011

Biodisc-Pengalaman Pesakit Strok (siri1)


Memiliki Biodisc bagaikan satu mimpi dalam hidupku.Secara kebetulan memiliki salah satu benda ajaib dunia telah membantu ramai orang malahan kegunaannya kadangkala tidak masuk akal. Kali ini aku ceritakan bagaimana pengalaman secara kebetulan aku membantu salah seorang pesakit strok dari Klang.

Abdul Aziz Bin Saleh (67 tahun) seorang pesara kerajaan tidak sangka pertemuan dengan aku pada empat bulan lepas telah menyelamatkan beliau dari terus merana kerana menghidapi penyakit angin ahmar (stroke). Beliau juga dikenali sebagai Abang Mat adalah bekas komando yang terawal ditubuhkan di Malaysia. Pada awal penderitaan beliau, kaki dan tangan sebelah kanan mengalami kebas sehinggakan tidak dapat mengerakkannya. Beliau yang mempunyai semangat yang kuat akhirnya pergi mendapatkan rawatan sehingga ke Melaka bagi menyembuhkan penyakit beliau.Kos yang tinggi dan masa yang diperlukan akhirnya tidak menunjukkan sebarang penyakit beliau akan pulih.

Diatas keizinan Allah, aku telah berjumpa beliau lalu menawarkan pertolongan bagi membantu meringankan penderitaan beliau.Seperti disorongkan bantal, abang Mat mengalu-alukan tawaran pertolongan ini bagi menyembuhkan penyakit kerana akan melangsungkan perkahwinan anak perempuan pada Mei ini.

Alhamdulillah dengan kuasa Allah yang maha perkasa, setelah empat bulan abang Mat dirawat dengan menggunakan Biodisc, beliau telah sembuh dari penyakit strok yang dihidapinya. Beliau bersyukur ke hadrat Allah kerana jodoh pertemuan teletak diatas ketentuanNya. Abang Mat sekarang ini mampu tersenyum dan terus mengamalkan rawatan Biodics.

Syukur Alhamdulillah.
Ustaz Kama

Wednesday, September 15, 2010

Hari Raya, tidak semuanya Indah


Alhamdulillah kita telah meninggalkan bulan ramadhan tahun ini dengan penuh rasa kesyukuran, kehambaan dan kenikmatan yang tidak terhingga. Sebulan kita meninggalkan bengkel ibadah dengan penambahan praktikal supaya ianya menjadi perubahan atau transformasi didalam diri kita menuju ke jalan Allah S.W.t.

Dikesempatan ini, dihatikama.blogspot ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua insan yang mengenali
diri yang begitu hina disisi Allah ini. Jika ada tersalah kata atau bicara atau kelakuan sekalipun, sepuluh jari menyusun kemaafan.
Hari Raya baru bermula dan macam biasa aku secara rutin tahunan bergilir-gilir balik ke kampung. Pada tahun ini giliran beraya di Klang. Raya kedua terus balik ke Kluang Johor, kampung isteriku yang paling ku kasihi. Hari raya pertama selesai bermaafan bersama ayah dan emak dan juga adik beradik, terus beraya ke rumah sanak saudara di Telok Gadong dan Sungai Udang Klang. Selepas dari itu petangnya pula aku pergi ke rumah terbuka Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid di ICT, Seksyen 7 Shah Alam.


Bersama Datuk Menteri Besar Selangor di ICT Shah Alam.

Hari Raya kedua, aku berangkat ke Kluang, Johor. Tapi sebelum sampai ke kampung tuh, macam biasa aku akan singgah di Umbai, Melaka, rumah Pak Lang.
Tahun ini aku terkejut dapat pesanan ringkas dari Pak Lang.Dia kata kalau balik Johor singgah ke rumah dia. SMS dari Pak Lang pagi-pagi lagi membuat aku tertanya-tanya. betul ke Pak Lang yang bagi mesej atau anak-anak Pak Lang.
Akhirnya memang betul Pak Lang yang bagi mesej...heheh terima kasih kasih Pak Lang.Dirumah Pak Lang di Umbai Melaka aku sungguh terharu melihat anak Pak Lang yang berkumpul dengan begitu ceria. Anak-anak Pak Lang kebanyakan berjaya. Ada yang jadi Peguam, Akauntan, Cikgu, pensyarah dan lain-lain lagi. Aku ni menumpang gembira jugaklah dengan anak-anak Pak Lang.Memang berbeza dengan adik-beradik
dan ipar duai aku di Klang.

Dari Umbai aku terus menuju ke Rengit, Johor. DiRengit bukan rumah sedara pun tapi rumah pembantu taska isteriku iaitu Ummi dan Eisya.sebagai seorang majikan kadangkala kita kena melawat jugak ke rumah pekerja. Ini lebih baik untuk kita mengeratkan lagi silaturrahim dan kekeluargaan. Di rumah Ummi dan Eisya aku disambut dengan begitu meriah dan ceria.Dijamu makan makanan orang Jawa Johor dan ibu bapa mereka sangat baik.Sebelum balik ibubapa Ummi dan Eisya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kami kerana menjaga kebajikan anak-anak mereka semasa bekerja di Taska.Apabila mereka melihat aku dan isteri mereka jadi lebih yakin dan tak risau terhadap anak mereka. Apa yang aku kagum dengan salah seorang ibu bapa pekerja aku ini adalah ayah kepada Ummi. Anak lelaki beliau 3 orang semua belajar aliran agama.
Anak yang sulung graduan dari Mesir dan sekarang menjadi seorang Ustaz di Muar. Sempat aku bertanya dengan yuran pengajian di Mesir siapa yang tanggung ada ambil biasiswa ke? Memandangkan orang kampung kadang-kadang ada yang susah. Ayah Ummi beritahu semua yuran di Mesir ditanggung sendiri sebab ayahnya dari dulu hingga sekarang berniaga.Terkejut aku dan tersentak. Kehidupan mereka sederhana tapi mampu menghantar anak ke luar negara dengan pembiayaan sendiri.Jadi ini menaikkan semangat
aku untuk mula menceburi bidang perniagaan. Hanya perniagaanlah yang boleh merubah hidup kita.Tidak kiralah berniaga apa sekalipun tetapi yang halal.

Balik dari Rengit terus sampai ke kampung isteri di Kampung Melayu Sri Lalang, Kluang Johor.Alhamdulillah perjalanan selamat dan berjumpa dengan bapa mertua dan ipar duai. Didalam keseronokan menyambut Aidilfitri, jangan kita lupa diatas penderitaan dan kesengsaraan insan yang lain. Hari raya ke tiga, negara kita dikejutkan dengan berita kematian Jutawan kosmetik, Datuk Soosilawati
yang dikatakan dibunuh, dibakar dan abu mayatnya dibuang ke sungai. Memang keluarga beliau berat untuk menghadapinya.
Sepupu aku yang berada di telok gadong tahun ini agak suram sambutan mereka. selalunya tiap tahun satu keluarga pakai baju raya sedondon. tahun nih mereka agak sedih kerana anak lelaki mereka telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Sepuluh hari selepas anak lelaki meninggal, neneknya pulak meninggal. Sebab itulah tahun ini keluarga mereka sambut dengan sederhana.

Oleh itu, sebenarnya kita perlulah dalam apa juga keadaan, samada sambut perayaan dan sebagainya, janganlah kita terlalu gembira sangat.
Hanya didalam hati perbanyakkan mengingati Allah.Dengan mengingati Allah sebenarnya akan menjadikan kita lebih banyak menangis dari ketawa. Apa saja yang kegembiraan dan kurniaan, sebutlah Alhamdulillah.Tetapi apa yang sebaliknya tidak lain Allah ingin menguji tahap kesabaran dan keimanan seseorang hambaNya.


Keluarga yang kusayangi.

HatiKama.

Thursday, August 26, 2010

Ramadhan bulan keberkatan dan ujian

Assalamualaikum w.b.h. Rasanya dah lama jugak tak bersembang dan berceloteh
dalam blog Hati Kama ini. Banyak jugak idea apa yang nak dituliskan tapi
sebab masa dan waktu yang tak berapa mengizinkan. Selepas tamak kontrak di MMU aku sibuk dengan membuat pelbagai aktiviti untuk menyara keluarga. Jadi seorang perunding takaful, kerja di kilang mee dan hinggalah sekarang aku tolong-tolong pengurusan taska bersama isteri.

Alhamdulillah bila masuk saja penghujung Ramadhan memang aku rasa lagi bersemangat. Bukan apa, ada kisah yang terjadi didalam hidup ini apabila penghujung Ramadhan telah tiba. Ingat lagi pada penghujung Ramadhan tiga tahun lepas apabila aku rasa jiwa ini kosong dan tiada halatuju. Aku telah diberi hidayah oleh Allah menemui jalan
membersihkan hati dengan menyertai jemaah thoriqoh. Alhamdulillah itulah titik permulaan aku mengenal tasawuf dan juga amalan-amalan ulamak sufi.

Setahun mengikuti jemaah thoriqoh aku menemui jalan makrifah. Bulan ramadhan tahun kedua juga pada penghujung 10 hari yang terkahir, aku telah ditimpa sakit yang amat sangat. aku telah berjumpa dengan seorang insan salik iaitu orang yang membawa ke jalan Allah. Beliau telah merawat hati ini apabila virus sifat mazmumah iaitu riak masih ada lagi dalam diri ini. Alhamdulillah dengan berjumpa doktor hakikat sifat riak didalam hati ini dapat dirawat.

Sekarang pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan tahun ini aku masih menantikan apa ujian yang akan aku lalui.Hanya aku mampu berdoa kepada Allah dengan dikuatkan hati ini menerima ujian daripadaNya. Allah akan memberikan setiap hamba yang dikasihiNya ujian dan cabaran untuk menguji sejauh mana hambaNya bersabar.

Semoga kita semua akan mendapat keredhoaan oleh Allah.

Wallahua'lam.

Hati Kama.

Alfatihah khusus untuk Almarhum guru mursyid Tarekat Qodiriah Wan Naqsyabandian K.H Ahmad Asrori Al-Ishaqi.

Wednesday, February 17, 2010

Aktiviti River Ranger Kampung Sungai Pinang Bandar



Pengalaman baru mengikuti aktiviti River Ranger amat menyeronokkan. Unit yang baru ditubuhkan ini adalah arahan dari Majlis Perbandaran Klang dan hanya 3 kampung sahaja yang terlibat iaitu Kampung Sungai Pinang Bandar, Kampung Delek dan Kampung Sungai Udang.

Seramai 10 sukarelawan yang telah dilantik bagi setiap kampung telah menghadiri kursus teori dan amali sebelum diberi tauliah untuk memantau tahap pencemaran air.


Bagi kampung Sungai Pinang Bandar sebanyak dua sungai akan dipantau iaitu Sungai Binjai di jalan keretapi lama dan Sungai Putus.


Sungai Binjai Jalan Keretapi Lama Sungai Pinang Bandar

Semoga apa yang diusahakan oleh sukarelawan River Ranger ini sedikit sebanyak dapat memelihara dan seterusnya memulihara alam sekitar supaya generasi akan datang dapat manfaat bersama.


Kama sedang mengkaji tahap pencemaran air Sungai Binjai





Keputusan ujian "Dissolved Oxygen" air Sungai Binjai

Halaman blog River Ranger Sungai Pinang Bandar boleh dilawati di www.sgpinangriverranger.blogspot.com



Tuesday, February 16, 2010

Temujanji: Cadangan Key Man Protection

Cuti panjang sempena tahun baru Cina ramai yang mengambil peluang pulang ke kampung halaman masing-masing. Tetapi Alhamdulillah aku tetap meneruskan karier sebagai perunding Takaful walaupun cuti. Demi menyampaikan dakwah kepada umat Islam.

Temujanji tetap dijalankan. Aku bertemu seorang usahawan yang berjaya didalam perniagaan Smart Reader. Temujanji bersama Puan Mardhiah ditetapkan di Damansara. Pelbagai material dan sebutharga aku dah prepare dari awal lagi. Bertemu puan Mardhiah menjadikan aku lebih semangat kerana aku meneruskan kembali karier ini walaupun sudah 2 tahun menyepi.

Aku memberikan presentation kepada puan Mardhiah. Aku memperkenalkan kepada Puan Mardhiah pelan key Man Protection. Apa key man protection tuh?

Puan Mardhiah dan suami mempunyai perniagaan smart reader dengan modal berbayar RM200k. Memang payah kalau orang kita nak memulakan sesuatu perniagaan lebih-lebih lagi bab modal. Untuk konsep ke man protection ini aku tekankan tentang selling force.

Andaikata salah seorang dari pengarah urusan meninggal atau lumpuh. Ini akan menjejaskan perniagaan masing-masing. Jadi apabila berlaku musibah berlaku maka rakan kongsi tak perlu risau kerana Takaful akan membayar semula modal rakan kongsi tersebut. Sumbangan akan diberikan kepada syarikat dan syarikat boleh beroperasi seperti biasa.

Alhamdulillah Puan Mardhiah tertarik dengan pelan tersebut dan meminta perlindungan RM250k untuk melindungi perniagaannya. Disamping itu puan Mardhiah juga meminta aku menyediakan Retirement Plan untuk beliau memandangkan beliau tidak mencarum KWSP.

Alhamdulillah persembahan aku diterima dan prospek dapat memahami apakah kepentigan perlindungan Takaful.

Jadi aku berdoa kepada Allah agar perniagaan Puan Mardhiah dan suami akan mendapat keberkataan oleh Allah S.W.T


Kita harus mencontohi kaum lain yang memandang berat tentang kepentingan perlindungan insurans.

Wasalam.

Sejarah Perkembangan Tasawuf dan Tarekat di Malaysia

Oleh: Kamarulnizam Sani Sungai Pinang, Klang 1. Pengenalan Ilmu pengajian Tasawuf adalah salah satu dari cabang pengajian Isla...