Setiap manusia yang hidup dimuka bumi ini pasti mengidamkan sebuah rumah
idaman. Ini kerana dengan memiliki
setiap rumah idaman adalah kemuncak kebahagiaan hidup masing-masing. Sudahlah tentulah rumah yang diingini
pastinya besar, mempunyai taman, dekorasi yang
berkonsep, dan juga persekitaran
yang tenang dan mendamaikan.
Jika kita ingin
membeli rumah, pastikan juga kejiranan kita terjaga. Paling utama kita sebagai muslim perlulah
memilih kawasan perumahan yang mempunyai masjid. Masjid sebagai rumah Allah dimuka bumi ini
akan dikurniakan Allah rahmat dan kebahagiaan jika diimarahkan.
Pernah suatu ketika
isteri saya memasang impian untuk membeli sebuah rumah dikawasan
perumahan. Kos rumah sekarang ini
semakin bertambah. Adik beradik saya kebanyakannya dah mempunyai rumah yang
lebih besar daripada saya. Saya
menyokong impian isteri saya tetapi buat masa sekarang bersyukurlah dengan apa
yang Allah berikan kepada kita. Walaupun
rumah yang kita duduki ini sederhana tidak terlalu kecil atau besar, tetapi apa
yang saya impikan adalah rahmat didalam rumah ini. Biarlah penghuni didalam rumah ini sentiasa
mengingati Allah dan menjauhi segala maksiat.
Paling
penting saya ingin menyediakan satu mahligai impian yang mempunyai status
hakmilik kekal untuk keluarga saya. Itulah rumah impian di akhirat nanti. Pelaburan pahala perlulah dihimpun dari
sekarang untuk hidup yang berbahagia akan datang.
Masjid Raudhatul Mukminin Sg. Pinang Bandar. Disinilah penulis bertugas sebagai Bilal.
No comments:
Post a Comment