Sunday, June 3, 2012

Amali Pengurusan Gerko

Alhamdulillah setelah bertungkus lumus dalam beberapa bulan didalam semester ke-2 ini, akhirnya selesailah sudah projek tugasan kelas Kohort 4C. Selama proses didalam merancang projek ini banyak perkara baik dan beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk diperbaiki supaya segala pengurusan akan datang akan menjadi lebih baik. Pertama sekali terima kasih banyak-banyak kepada pensyarah yang bertungkus lumus sebagai pembimbing, sebagai rakan dan juga sebagai penyuntik semangat kepada kami iaitu encik Mohammad bin Seman. Cikgu Mohammad banyak memberi tunjuk ajar. Segala teguran ikhlas yang dibuat kepada semua pelajar-pelajar kohort4C amat bermakna bagi kami semua. Aku telah diberi tanggungjawab sebagai Pengarah Program. Memang jawatan ini terlalu berat bagi aku. Tapi Alhamdulillah dengan beberapa sedikit pengalaman didalam organisasi kampung, aku praktikkan didalam tugasan ini. Pengarah Program ni perlu berhati-hati dan perlu kreatif dalam membina idea bagi melahirkan tugasan yang lebih baik. Aku juga berterima kasih kepad AJK Induk yang dilantik. Dari Setiausaha hinggalah kepada semua. Memang mereka semua amat komited. Syukur aku dapat rakan sekelas yang yang bekerjasama dan bersungguh-sungguh didalam melaksanakan tugasan. Kenangan aku tidak lupakan adalah semasa berlangsungnya program Amali Pengurusan Gerko ini. Bertempat di Taman Botani, Bukit Cahaya Shah Alam. Bertarikh 6 Mei 2012. Mula-mula sekali cabaran yang aku hadapi adalah tempat yang penuh dengan sampah sarap. Mungkin pada hari semalam satu program telah dijalankan, maka pihak pengurusan tidak dapat membersihkan tempat tersebut. Ini lebih menulitkan lagi keadaan apabila tetamu jemputan khas yang hadir awal ke Taman Botani, tetapi penganjur terlewat menjemput ke tempat program. Bayangkan jemputan khas tunggu di pintu masuk selama 45 minit. Memang timbulkan kemarahan kepada tetamu jemputan. Aku akur dengan ujian cabaran. Semasa ucapan pengarah program, memang aku akui kesilapan yang telah berlaku dan aku memohon kemaafan kepada tetamu jemputan khas. Aku menyatakan yang kami memang sedang belajar dan dalam proses ini banyak kesilapan berlaku. Pos mortem perlu dilakukan supaya dapat mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan. Akhir sekali lembutlah hati tetamu jemputan khas tadi. Sehinggakan apabila beliau hendak bersurai, dengan nada lembut beliau menawarkan sedikit sumbangan dari Kopeda apabila kelas Kohort 4C menganjurkan program. Alhamdulillah semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya,Program Amali Gerko tidak tamat disitu sahaja. Setelah selesai menganjurkan program amali, laporan perlu dihantar didalam bentuk Hardcopy dan Softcopy. Tugasan seterusnya setiap biro perlu menghantar laporan dan akan dinilai oleh pensyarah. Maka sekali lagi kesibukan tugas yang perlu diselesaikan.  
28 Mei – Tarikh akhir hantar laporan dan pembentangan Mikroteaching
Tarikh ini memang dinanti-nanti oleh semua pelajar. Segala persiapan telah dibuat. Aku bersama kak Ruby, rakan dalam kumpulan telah bersedia lebih awal. Tajuk pembelajaran kami adalah mengajar Asas Elakan Silat. Sebelum itu, aku ada ajar Kak Ruby bagaimana nak mengajar silat. Kak Ruby memang bersungguh-sungguh didalam belajar silat.Semasa pembentangan kami diarahkan untuk mengajar seperti didalam kelas.Kesilapan tuh memang ada. Kalau tiada kesilapan manakan kita tahu kelemahan kita sendiri.Aku juga mengenakan Uniform Silat Gayong aku. Alhamdulillah akhirnya selesailah sesi pembentangan Mikroteaching. Tetapi sebelum itu juga, pensyarah juga telah menilai dan memberi komen tentang satu lagi pembentangan tugas iaitu Pengurusan Tingkah Laku. Tajuk pengurusan tingkah laku pun sebelum ini dah tunjuk secara draft dan pensyarah menasihati agar ditambah untuk lebih menarik dan dapat markah lebih. Masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Encik Mohammad dah pun menilai setiap kerja kursus murd-murid. Akhirnya keputusan telah dikeluarkan. Untuk tugasan keseluruhan iaitu Amali Pengurusan Gerko, Kelas Kohort 4C telah mendapat “A” oleh pensyarah.Alhamdulillah, segala penat lelah kami satu kelas berbaloi dengan keputusan ini. Satu lagi keputusan adalah amali Mikroteaching yang mana kami perlu mendemonstrasikan cara-cara mengajar didalam kelas. Alhamdulillah, aku bersama Kak Ruby mendapat pangkat “A”. Jadi sekarang ini, aku kena menduduki peperiksaan dijangkakan dalam bulan 7 ini. Aku perlu study sikit untuk mendapat prestasi yang baik. Akhir sekali aku telah dianugerahkan hadiah khas pensyarah. Anugerah ini sebenarnya bukan nak bersaing sesama sendiri, tetapi ini adalah bukti kelas kohort 4C bekerjasama dan komited dalam tugas masing-masing. Kalau tiada kerjasama, maka segala kerja yang kita lakukan mungkin tidak akan berjaya. Sekali aku bersyukur ke hadrat Allah diberikan ilmu dan kesihatan bagi meneruskan perjuangan hidup.

No comments:

Post a Comment

Sejarah Perkembangan Tasawuf dan Tarekat di Malaysia

Oleh: Kamarulnizam Sani Sungai Pinang, Klang 1. Pengenalan Ilmu pengajian Tasawuf adalah salah satu dari cabang pengajian Isla...