(aku jadi pengacara majlis tu yang sebelah kiri sekali tuh)
(kaunter penerangan)
Program ini telah bermula pada 1 Feb sehingga 20 Feb dengan sukarelawan dan urusetia AMK akan mengutip dana bagi seluruh kawasan Kapar untuk membantu mangsa-mangsa Palestin yang tertindas. Program ini telah dihadiri dan dilancarkan oleh YB Abdullah Sani ADUN Kuala Langat. Acara ini telah dimeriahkan dengan YB Abdullah Sani melepaskan 2 ekor burung merpati sebagai simbolik yang kita mahukan keamanan untuk bumi Palestin.
(Sahabat dari Hizbut Tahrir)
Selepas majlis pelancaran, urusetia telah bergerak dengan membawa tabung Selamatkan rakyat Palestin ke seluruh bandar Klang. Sahabat dari Hizbut Tahrir juga telah memeriahkan majlis pelancaran ini dengan mengadakan meja penerangan dan memberikan risalah-risalah mengenai kekejaman Israel terhadap Palestin.
(Sdr. Kamaruzaman)
Malis pelancaran ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari orang ramai yang mengunjungi Bandar Klang. Acara ini tamat pada 5.00 petang dan akan diadakan majlis penutup pada 20 Feb di rumah Ketua PKR Kapar, Tuan Haji Bakir.
(Thanks Bro.)
(Kama di booth Palestin)
(bersama Salleh SU AMK Kapar)
(bersama wanita Kapar)
(bersama Ketua AMK Selangor Sdr. Khairul Anuar)
(mari bang..mari kak..seringgit sahaja Selamatkan Palestin...Save Palestin..esoknya aku MC 2 hari sebab demam panas.)
..................................................................................
IKLAN
1)Tempahan Rubber Stamp
tahniah kama...usaha yang baik
ReplyDeletekeep going...
http://kalammurabbi.blogspot.com