Kamarulnizam Sani
Mohd Fakhrur Razi Hussin
Mohd Fakhrur Razi Hussin
ABSTRAK :
Sifat ikhlas dan jujur adalah dua sifat
yang terpuji lagi dimuliakan oleh Allah SWT.
Ianya saling berkait rapat antara satu sama lain dan menjadi sifat yang
diwarisi oleh para nabi dan solehin.
Kehidupan pula adalah satu perjalanan didunia ini yang akan menentukan
hala tuju di akhirat kelak. Kertas ini
akan membincangkan dengan lebih terperinci apakah yang dimaksudkan dengan sifat
ikhlas dan jujur dan menerangkan kategori kehidupan manusia didalam konteks
Islam. Seterusnya apakah kaitannya sifat
ikhlas dan jujur didalam kehidupan serta penghayatan manusia menurut kacamata
Islam.
1.PENDAHULUAN
Insan yang mengamalkan sifat-sifat
mahmudah, bukan hanya mendapat satu jaminan kehidupan yang tinggi disamping
Allah S.W.T. Bahkan ia akan dapat
mengimbangi kehidupan di antara dunia dan akhirat. Berfokuskan kepada dua elemen sifat-sifat
mahmudah ini, jelaslah ia bukannya satu penerapan nilai-nilai yang baru,
malahan ianya telah wujud semenjak manusia pertama dicipta oleh Allah S.W.T
iaitu nabi Adam A.S. Ramuan yang dicipta oleh Sang khaliq ini telah
diwarisi hingga ke akhir zaman dan menjadi satu tunjang saraf bagi segala aspek
kemurnian kerohanian terutama sekali sebagai penanda aras kehidupan yang diredai.
Para
nabi dan rasul adalah satu “role model” yang paling layak bagi
mendemonstrasikan kedua-dua sifat mahmudah ini sebagaimana firman ALLAH SWT:
Maksudnya:
“ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”.
“ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”.
Jelaslah dengan syarat utama sebagai
seorang utusan Allah S.W.T kepada hamba-hambaNya, sifat Al-Sidiq, Al-Amanah,
Al-Tabligh dan Al-Fatonah mudah diterima pakai oleh manusia disamping diamalkan
didalam kehidupan masing-masing.
2.LATAR BELAKANG
Kehidupan manusia dewasa ini penuh dengan
ranjau dan cabaran kehidupan. Setiap
hari di dada-dada akhbar dan juga televisyen memberikan tajuk utama mahupun
sisipan cerita berkisarkan tentang baik buruk kehidupan manusia. Kadangkala cerita kehidupan yang disajikan
banyak menyimpang dari landasan Islam.
Ada cerita tentang salah laku manusia, kejayaan manusia dan sebagainya.
Tetapi pokok utama
yang paling utama yang perlu dititikberatkan adalah sifat manusia itu sendiri
yang menghalakan kearah kebaikan mahupun keburukan didalam kehidupan. Jika memandang kesan yang buruk kehidupan
seseorang kita perlulah mengkaji faktor utama yang menyumbang ke arah sifat
mazmumah tersebut. Bagi mempertingkatkan
kualiti iman seseorang didalam menghadapi cabaran dan realiti kehidupan, kami mengkaji ada beberapa perkara pokok yang
penting yang perlu ditanamkan dihati manusia iaitu sifat ikhlas dan jujur
dengan lebih terperinci. Perbahasan ini
merungkap jalinan dua sifat mazmumah yang akan memberi kesan yang baik dan dapat
mempengaruhi kehidupan manusia.
3. SIFAT IKHLAS
Menurut Abdul Aziz Ismail (2001), sifat
ikhlas melambangkan kesucian sesuatu kebajikan itu sama ada ianya ada hubungan
dengan Allah SWT mahupun sesama manusia.
Tanpa keihklasan yang dituntut dalam beramal bererti ianya tiada nilai
walau seberat timbangan sayap nyamuk sekalipun di sisi Allah SWT. Ini ditegaskan di dalam firmanNya:
Maksudnya:
“Mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya.”
“Mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya.”
Jelas menunjukkan disini bahawa
pokok utama ibadah adalah keikhlasan diri kepada Allah SWT. Tetapi apa yang diperkatakan juga keikhlasan
sebenarnya meliputi seluruh aspek termasuklah kehidupan.
Selain itu menurut Muhd Nasruddin
Dasuki (2012), salah satu syarat sesuatu amalan itu diterima oleh ALLAH SWT
ialah ikhlas dalam melakukannya semata-mata kerana ALLAH. Tidak kerana manusia, mengejar perkara
keduniaan, menunjuk-nunjuk atau sebagainya.
Seseorang yang tidak ikhlas dalam amalannya, maka segala amal ibadat
yang dilakukan adalah sia-sia dan ditolak oleh ALLAH SWT. Menurut
Profesor Dr. Muhammad Abdul Latif (2012) ikhlas ialah menyengajakan perbuatan
semata-mata mencari keredaan ALLAH SWT dan memurnikan perbuatan dari segala
bentuk kesenangan duniawi. Ia mesti
membebaskan hati dari dikuasai oleh keinginan - keinginan yang bersifat
sementara, seperti kemewahan, kedudukan, populariti, mengharapkan simpati dari
orang lain, pemuasan hawa nafsu, dan penyakit hati lainnya. Selain itu ikhlas adalah dampak positif dari tauhid
yang sejati, iaitu tindakan mengesakan ALLAH SWT dalam peribadatan dan memohon pertolongan.
Jelas bagi kita
semua, sinonim dengan pentakrifan ikhlas itu sendiri, apa sahaja perbuatan
manusia didunia ini adalah semata-mata untuk mencari keredaan ALLAH SWT. Keinginan memuaskan nafsu sendiri adalah
perlu dijauhi kerana kehidupan yang lebih abadi adalah kehidupan diakhirat. Rasa tanda ikhlas sebenarnya adalah
mewujudkan rasa kasih dan sayang terhadap ALLAH SWT dari hambaNya dan akhir
mengikatkan satu ikatan yang tulus.
Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat paras rupa dan hartamu tetapi
melihat hati dan amalanmu.”
(Riwayat Imam Muslim dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah r.a)
Saidina Ali R.A berkata :
"Janganlah kamu risau dengan amalan yang sedikit, tetapi risaulah apakah
amalan itu dapat diterima oleh Allah! Hal ini kerana Rasulullah SAW pernah
bersabda kepada Muaz Bin Jabal :
"Ikhlaskanlah amalanmu dan sudah mencukupi
untukmu amalan yang sedikit asalkan dilakukan dengan ikhlas."
( Riwayat
Dailani )
Abu Muhammad Bin Saleh (2011), telah
menyenaraikan beberapa aspek penting kesannya apabila seseorang hamba
mengamalkan sifat ikhlas. Antaranya
sifat ikhlas merupakan sebab menangnya orang yang lemah atas orang yang kuat. Allah berfirman yang bermaksud,
Demi sesungguhnya! Allah reda akan
orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia
kepadamu (Wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di
Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang
(kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu ia menurunkan
semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang
dekat masa datangnya; dan juga dengan banyak harta rampasan perang, yang mereka
akan dapat mengambilnya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana.
(Surah Al-Fath 18-19)
Dalil diatas membuktikan dengan keikhlasan didalam hati orang-orang
yang beriman , maka Allah SWT akan menganugerahkan kemenangan yang paling
hampir. Sebelum mencapai sesuatu
kemenangan juga, orang – orang yang
beriman akan diturunkan semangat yang tenang dan tenteram. Segala sesuatu pekerjaan atau pun amalan yang
dilakukan sudah semestinya
berkualiti di sisi ALLAH SWT.
4. DEFINISI JUJUR
berkualiti di sisi ALLAH SWT.
4. DEFINISI JUJUR
Mengikut kamus dewan (2005), jujur bermaksud lurus hati, tulus, ikhlas,
suci hati dan apa jua perkataan yang mempunyai maksud yang sama dengannya. Ia
juga boleh dihuraikan sebagai keselarasan antara yang terucap dengan kenyataan.
Contoh yang paling tepat bagaimana perkataan jujur itu boleh didefinisikan
ialah apabila wujud sesuatu berita, ia sepadan dan sesuai dengan keadaan yang
ada, maka dikatakan berita itu jujur, tetapi jika berlaku sebaliknya, maka berita
itu dikatakan dusta. Sifat jujur itu juga bukan hanya ada pada ucapan tetapi ia juga ada
pada perbuatan, sebagaimana seseorang yang melakukan suatu perbuatan, tentu
sesuai dan sama dengan apa yang ada di dalam hatinya. Lawan kepada sifat jujur
ialah riak, takbur, sombong, bangga, tinggi diri, bongkak dan besar diri (Kamus
dewan 2005).
Nabi Muhammad SAW
menyarankan umatnya agar sentiasa berlaku jujur kerana kejujuran merupakan
dasar kepada akhlak yang mulia yang akan memandu pemiliknya kepda akhlak
tersebut. Sebagaimana yang dijelaskan oleh nabi iaitu sesungguhnya kejujuran
membawa kepada kebajikan. Kebajikan adalah segala sesuatu yang meliputi makna
kebaikan, ketaatan kepada Allah dan berbuat baik kepada sesama manusia. Sifat
jujur juga merupakan tanda kesempurnaan iman dan takwa seseorang itu kerana
orang yang jujur akan mendapat kedudukan yang tinggi di dunia dan di akhirat
serta mencapai darjat orang-orang yang mulia dan selamat dari keburukan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Hai orang-orang
yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan rasulnya dan janganlah kamu
mengkhianati amanah-amanah yang diserahkan kepada kamu, sedang kamu mengetahui
“.
( Al-Anfal : 27 )
5. KONSEP JUJUR MENURUT ISLAM
Sifat
jujur itu asalnya ialah dari hati yang tulus dan ikhlas. Justeru itu, hati yang
menjadi salah satu anggota tubuh badan manusia itu adalah punca kepada setiap
perbuatan yang dizahirkan dan menjadi punca kepada setiap gerak-geri dan
tingkahlaku manusia. Jika hati itu
bersih maka apa jua yang dilakukan akan mendatangkan kebaikan. Begitu juga sebaliknya, jika hati manusia itu
kotor maka apa jua yang dilakukan akan mendatangkan keburukan.
Rasulullah Saw bersabda yang bermaksud :
“ Ingatlah, dalam tubuh badan itu ada segumpal daging, bila ia baik maka akan baiklah semuanya, dan jika ia buruk maka buruklah semuanya. Itulah hati “.
Rasulullah Saw bersabda yang bermaksud :
“ Ingatlah, dalam tubuh badan itu ada segumpal daging, bila ia baik maka akan baiklah semuanya, dan jika ia buruk maka buruklah semuanya. Itulah hati “.
( H. R. Bukhari )
Perlu diketahui
bahawa konsep kejujuran itu memiliki beberapa peringkat. Dalam Islam, ia adalah
sesuatu yang sangat penting di mana sekiranya konsep ini terlepas dari
pandangan dan pegangan manusia itu maka akan hilang keberkatan dan
kesejahteraan kehidupan di dunia dan di akhirat.
Pertama, jujur
dalam setiap percakapan. Setiap hamba Allah wajib menjaga percakapannya iaitu
mesti bercakap dengan jujur dan tidak boleh bercakap dalam bentuk menyindir
kerana kesempurnaan perkataan yang jujur adalah menjaga perkataan yang
menyindir. Ada yang mengatakan bahawa kata-kata sindiran merupakan laluan
alternatif untuk berdusta kerana kata-kata sindiran itu sama seperti berdusta,
namun ia perlu dilakukan hanya ketika ia sangat perlu sahaja. Contohnya ketika
dalam keadaan menuntut sesuatu maka harus diucapkan dengan menggunakan
kata-kata sindiran seperti dalam mendidik anak dan keluarga, menjaga diri dari
kezaliman, memerangi musuh, menjaga rahsia
dan juga ketika menuntut hak seperti hutang dan sebagainya. Hal ini
tidak dikira sebagai dusta.
Rasulullah Saw bersabda maksudnya :
“ Tidaklah
termasuk pendusta orang-orang yang mendamaikan pihak-pihak yang bertelingkah,
orang-orang yang berkata demi kebaikan dan orang-orang yang membangkitkan
kebaikan “.
(H.R.
Bukhari dan Muslim )
Kedua, jujur dalam
niat dan kehendak. Hal ini kembali kepada keikhlasan iaitu tiada pendorong lain
baginya dalam perbuatan dan percakapannya kecuali kerana Allah SWT. Sekiranya
keikhlasan itu berubah oleh kerana ia didorong oleh kesenangan diri maka
terbatal segala kejujuran niatnya sebelum itu.
Ketiga, Jujur
dalam tekad iaitu keinginan yang kuat dan teguh. Orang yang jujur dalam hal ini
adalah orang benar dan kuat azamnya dalam pelbagai kebaikan dengan tekad yang
sempurna. Di dalam hatinya tiada kelemahan dan keraguan malah dirinya sentiasa
pemurah dengan tekad yang kuat terhadap pelbagai perkara yang menjurus kepada
kebaikan.
Contohnya orang
yang menyatakan “ Jika Allah memberikan rezeki harta kepadaku maka aku akan
sedekahkan separuh daripadanya”. Jika Allah memberikan kekuasaan kepadaku maka
aku akan berlaku adil dan aku tudak akan berbuat maksiat kepada Allah dengan
melakukankezaliman dan cenderung kepada makhluknya”. Dengan demikian itu,
kejujuran dalam tekadmerupakan kemurahan dirinya terhadap niatnya.
Keempat, jujur
dalam menepati janji. Kadang-kadang manusia sememangnya bermurah hati dengan
tekad yang kuat kerana disebabkan tiada kesulitan yang dihadapi dalam
menunaikan janji dan tekad. Tetapi apabila ia terjadi dan nafsu mula membara,
maka tekadnya semakin kurang dan nafsu akan menguasai. Maka janji sudah tidak
sesuai dengan tekad dan ia bertentangan dengan tekad kejujuran.
Allah berfirman maksudnya :
“ Di antara
orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka
janjikan kepada Allah..”.
( Al-Ahzab : 23 )
Kelima, Jujur
dalam pekerjaan iaitu berusaha supaya amal zahirnya menunjukkan atas perkara sebenar
apa yang ada di dalam hatinya. Sesiapa yang berdiri dalam keadaan khusyuk dalam
solatnya supaya orang lain melihatnya maka sesungguhnya ia berdusta. Oleh itu
konep jujur itu tiada akhirnya kecuali setelah kita kembali kepada Allah. Ada
hamba Allah yang jujur dalam sesuatu perkara tetapi tidak jujur dalam sesuatu
perkara yang lain. Jika ia jujur dalam semua hal maka itulah yang disebut jujur
yang sebenarnya.
6. PRINSIP JUJUR MENURUT ISLAM
Sejak kecil kita
telah dididik oleh ibu bapa kita supaya sentiasa jujur dalam setiap perbuatan
kita. Hal ini kerana kejujuran merupakan tangga teratas daripada keseluruhan
amalan hati dan akan memimpin kita ke arah kebaikan. Selain itu, kejujuran dan
keimanan harus berjalan seiring kerana jika salah satu ditinggalkan, maka
kedua-duanya akan hilang.
Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad Saw bersabda yang bermaksud :
“ Hendaklah kalian bersikap jujur kerana
kebenaran dan kejujuran itu bakal memimpin seseorang ke arah kebaikan. Kebaikan
itu pula akan menyampaikan seseorang itu ke syurga. Seseorang itu sentiasa
tetap degan kebenaran dan perilaku yang benar serta berusaha mencarinya
sehingga ditulis di sisi Allah SWT sebagai orang yang suka berlaku benar “.
(H.R.
Bukhari dan Muslim )
Allah SWT telah
memerintahkan kepada semua hambanya supaya menanam sifat jujur di dalam diri
masing-masing dengan menjadikan Rasulullah Saw sebagai “role model”. Seperti
mana yang kita sedia maklum, para nabi dan rasul sentiasa berlaku jujur dan
berkata benar sesuai dengan tugas mereka untuk menyampaikan dakwah kepada
seluruh umat manusia. Bersifat jujur kepada Allah dan rasul merupakan
perkara yang paling utama untuk memperoleh keberkatan hidup di dunia dan
akhirat. Jujur kepada Allah dan Rasul bermaksud mereka beriman kepada Allah dan
Rasul dengan sebenar-benar iman. Segala
amal kebajikan dan ibadah mereka adalah ikhlas kerana Allah Taala. Orang yang
jujur kepada Allah dan rasul lazimnya berasa malu untuk meninggalkan perintah
Allah serta melakukan kemungkaran.
Jelas, kejujuran amat
penting dalam kehidupan individu muslim. Islam amat menggalakkan umatnya agar
sentiasa bersikap jujur dan menjauhi dusta dan tidak amanah kerana ia merupakan
sifat yang tercela dan hanya membawa kepada perpecahan. Marilah bersama kita
menanam sifat jujur dalam diri kita. Hakikatnya, tidak susah untuk jujur
jika kita mempunyai keberanian yang tinggi di dalam diri. Memang berlaku jujur
itu amat pahit pada permulaan, namun ia mampu membuahkan kemanisan untuk
selamanya. Maka dengan itu, berkata benarlah walaupun ia pahit.
7. KEHIDUPAN DALAM KONTEKS ISLAM
Menurut Hassan98 (1999), Mujahid Fathi
Yakan di dalam kitabnya, Maza Ya’ni Intimai Li al-Islam, telah menyatakan
bahawa di dunia terdapat tiga kategori manusia. Kategori pertama adalah golongan
yang hidup hanya untuk dunia semata-mata. Mereka dinamakan sebagai
golongan Ad-Dahriyyun. Sikap mereka
jelas seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Dan tentu akan mereka katakan: “Hidup hanyalah kehidupan kehidupan kita di dunia sahaja dan kita sekali-kali tidak dibangkitkan”.
“Dan tentu akan mereka katakan: “Hidup hanyalah kehidupan kehidupan kita di dunia sahaja dan kita sekali-kali tidak dibangkitkan”.
(Surah
al-An’am: ayat 29 )
“Dan mereka berkata: “Kehidupan tidak lain hanyalah
kehidupan dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang
membinasakan kita selain masa. Dan mereka sekali-kali tidak mempunyai
pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga sahaja.”
( Al
Jatsiyah: ayat 24 )
Kategori kedua adalah golongan yang
telah hilang pedoman, terumbang ambing, aqidah bersimpang siur, mereka
melakukan kesesatan dan menyimpang dari jalan Allah SWT dalam kehidupan
duniawi. Namun mereka masih menyangka
mereka membuat kebaikan. Meskipun mereka
mempunyai kepercayaan kepada Allah SWT dan hari kiamat tetapi aqidah mereka
hanyalah gambaran semata-mata yang terputus hubungan dengan aktiviti atau
amalan hidup mereka. Mereka itu pada
hakikatnya berfahaman kebendaan (meterial) walaupun kadangkala mereka melakukan
kerja-kerja yang berbentuk kerohanian.
Kategori ketiga adalah golongan yang
menganggap bahawa dunia ini sebagai ladang tanaman untuk mendapat atau memungut
hasilnya di akhirat kelak. Golongan ini
benar-benar beriman dengan Allah SWT. Mereka mengetahui hakikat hidup serta
memahami nilai dunia berbanding dengan Hari Akhirah. Allah SWT
membandingkan mereka seperti dalam FirmanNya yang bermaksud:
“Dan tidaklah kehidupan dunia ini selain daripada bermain-main dan
bersenda gurau belaka. Dan sungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang
yang bertaqwa. Maka tidaklah kamu memahaminya.”
( Surah al-An’am: ayat 32)
Mereka yang benar-benar beriman
menganggap dunia sebagai medan perlumbaan untuk mentaati Allah SWT dan mencari
keredhaanNya. Seluruh bidang hidupnya (ilmu, perniagaan, kekayaan, rumah, masa
dan fikiran) diarahkan kepada jalan Allah SWT.
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani (2011) didalam kitab Fathul Rabbani telah mewasiatkan,
“Seorang mukmin akan beramal untuk dunia dan akhiratnya. Ia beramal untuk dunianya sekadar sebagai bekal untuk memenuhi keperluan hidupnya. Ia menerima apa adanya seperti bekal seseorang yang naik kenderaan, yakni dia tidak dapat membawa bekal yang banyak”.
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani (2011) didalam kitab Fathul Rabbani telah mewasiatkan,
“Seorang mukmin akan beramal untuk dunia dan akhiratnya. Ia beramal untuk dunianya sekadar sebagai bekal untuk memenuhi keperluan hidupnya. Ia menerima apa adanya seperti bekal seseorang yang naik kenderaan, yakni dia tidak dapat membawa bekal yang banyak”.
Secara kesimpulannya, kehidupan yang hakiki dan kekal
selama-lamanya adalah kehidupan diakhirat.
Itu adalah kemuncak kehidupan seseorang muslim atau bukan muslim,
beriman atau tidak beriman. Negeri
akhirat ini menjadi destinasi yang terakhir diibaratkan seperti suatu pulau
yang setiap manusia menaiki bot untuk menuju kearahnya.
8. CONTOH SIFAT IKHLAS DAN JUJUR DALAM KEHIDUPAN
8.1 Kehidupan sebagai seorang pelajar.
Menuntut ilmu adalah perkara yang dituntut
didalam Islam dan menjadi satu kewajipan terhadap seluruh umat manusia. Islam meningkatkan martabat orang yang menuntut ilmu.
Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w
bersabda: Menuntut ilmu ituwajib atas setiap orang Islam. Dan orang yang
meletakkan ilmu itu disisi orang yang tidak ahlinya seperti memberikan rantai
permata, mutiara dan emas ke leher babi.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Seorang murid yang sedang menuntut ilmu haruslah
menanamkan sifat keikhlasan didalam hati iaitu apa yang sedang mereka pelajari
adalah semata-mata kerana Allah S.W.T.
Matlamat terhadap Allah dapat menunjukkan satu sikap yang lebih
bertanggungjawab ketika belajar berbanding matlamat yang hanya menumpukan
peperiksaan atau dipaksa. Ketika belajar
seseorang pelajar yang ikhlas dan jujur akan menumpukan sepenuh perhatian,
hormati guru, dan tidak menggangu rakan sekelas. Semasa menghadapi peperiksaan, mereka tidak meniru
atau menipu untuk menjawab kertas soalan atau memplagiat kerja kursus bagi mencapai hasrat
mereka sendiri.
8.2 Kehidupan sebagai seorang pekerja
Menurut Unitceramah (2012) salah satu sifat yang perlu ada pada
setiap warga perkhidmatan awam ialah ikhlas kerana apa yang kita lakukan ini
adalah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita. Keikhlasan dalam bekerja sangat penting kerana
ia dapat mempengaruhi budaya kerja seseorang individu. Ini kerana orang yang
ikhlas akan ada sifat pemedulian untuk membantu rakan dalam memudahkan segala
urusan serta akan sentiasa berusaha untuk memanfaatkan waktu bekerja dengan
sebaik-baiknya dan akan memastikan segala perkara-perkara yang asasi dan utama
tidak diabaikan seperti kedatangan, komitmen, dedikasi, displin dan integriti.
Selain itu, orang yang ikhlas akan sedaya upaya mengelakkan dari sikap
berlengah-lengah atau sambil lewa dalam melakukan pekerjaan.
Sesungguhnya orang yang ikhlas berkerja kerana Allah S.W.T,
mereka akan menerima tanggungjawab dengan penuh keredhaan dan akan sentiasa
bersungguh-sungguh bagi menghasilkan prestasi kerja yang terbaik. Dengan melakukan kerja dengan keikhlasan akan
membuahkan keberkatan dalam kehidupan. Ini
berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari Umar bin
al-Khattab R.A ia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:
إِنَّمَا
الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
“Sesungguhnya pekerjaan itu bergantung kepada niat dan
sesungguhnya setiap orang akan memperolehi hasil sesuai dengan niatnya itu”
8.3 Kehidupan didalam sebuah keluarga.
Bagi menjamin kebahagian dan persefahaman
didalam sebuah keluarga, suami dan isteri harus jujur dengan sikap
masing-masing. Mereka perlu jujur dengan
menghadapi cabaran dan pelbagai dugaan kehidupan. Suami isteri perlu ikhlas menerima takdir
pasangan masing-masing kerana takdir jodoh adalah ketentuan dari Allah sejak
azali lagi.
Bagi suami yang bergelar bapa dan
isteri sebagai ibu, mereka perlu menjadi contoh dan teladan kepada anak-anak
mereka. Segala percakapan dan komunikasi
mereka diantara satu sama lain perlulah jujur dan memohon maaf andaikata tidak
dapat menjawab persoalan yang diajukan kepada mereka. Sebagai contoh jika ada seseorang mencari ibu
atau bapa, kita lebih mudah mengatakan bahawa ibu atau bapa tiada di rumah
terhadap anak kita. Seolah-olah mengajar
anak-anak bersikap tidak jujur. Selain
itu, bapa atau ibu janganlah terlalu mudah membawa sebarang peralatan yang
diambil dari tempat kerja untuk digunakan di rumah. Sedikit sebanyak akan mempengaruhi anak-anak
bahawa tidak mengapa jika mengambil barang dengan tanpa meminta kebenaran
terlebih dahulu.
Sebagai seorang keluarga didalam muslim,
perkara yang perlu diingatkan adalah dengan menamkan sifat ikhlas dan jujur
didalam keluarga.
8.4 Kehidupan sebagai seorang pemimpin didalam
masyarkat
Nabi S.A.W. bersabda, “Sesungguhnya
selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan
pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka
dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan
dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga).
Islam
menitikberatkan sifat ikhlas dan jujur dikalangan individu yang memimpin
masyarakat. Ini adalah kerana mereka
diberi tanggungjawab dan amanah yang sangat tinggi sebagai mewakili suara
masyarakat untuk diberi pembelaan.
Sebagai contoh seseorang yang digelar wakil rakyat. Mereka seharusnya terus berkhidmat memastikan
segala permasalahan rakyat dapat diselesaikan.
Mereka harus memastikan keperluan rakyat dapat diisi dan keselamatan
rakyat harus dijaga. Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud: “Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari
beberapa urusan pemerintahan kau muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan
mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan mempedulikan
tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti.”
(HR Abu Daud dan at-Tirmidzi )
9. RUMUSAN
Adalah wajib kita
mengerjakan amal ibadat dengan ikhlas dan hendaklah sentiasa sedar, bahawa tergeraknya hati
dan anggota kita mengerjakan ibadat itu adalah di bawah taufik dan hidayah
Allah Taala. Dengan hal yang demikian, amalan kita, insya Allah, akan diterima
dan disempurnakan pahalanya oleh Allah Taala. Sebaliknya, jika kita tidak ikhlas
mengerjakan ibadat dan merasakan segala tindak-tanduk mengerjakan amalan yang
baik itu adalah berpunca daripada diri kita sendiri, maka kita terjatuh ke
dalam riak dan ujub. Riak, ujub dan nifaq itu membinasakan amal ibadat yang
berkenaan; sedangkan ikhlas sering menjernihkan kekeruhan segala amalan,
menghapuskan ingatan dan keinginan kepada segala kesukaan dan kesenangan
(kepentingan nafsu sendiri) dan mengekalkan perhubungan dengan Allah Taala,
terutama kalau kikhlasan itu ikhlas beramal. Selain itu ikhlas juga menjadi
benteng untuk mempertahankan diri daripada godaan atau tipu daya syaitan.
Allah Taala
berfirman, maksudnya : Berkata (Iblis), ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah
memutuskan aku sesat, pasti aku menjadikan mereka memandang baik (terhadap
perbuatan maksiat) di muka bumi ini dan pasti aku akan menyesatkan mereka
semuanya kecuali di kalangan hamba-hamba-Mu yang mukhlis (ikhlas).
(Al-Hijr : 39 - 40)
Juteru, amat besar
kerugian yang akan menimpa mereka yang bukan mukhlis dan tidak ikhlas
mengerjakan amal ibadat mereka. Diibaratkan seperti virus riyak yang akan
memusnahkan seluruh amalan mereka.
Sifat jujur juga merupakan sifat mulia yang
menunjukkan kesesuaian antara kebenaran dengan apa yang diucapkan atau dilakukan oleh seseorang. Banyak
di jumpai dalil dari Al Qur’an dan Hadis yang membicarakan dan mengutamakan masalah
kejujuran dalam kehidupan. Orang yang berperilaku jujur akan
senantiasa mendapat kepercayaan dari orang lain. Orang lain akan merasa tenteram dan aman
bersama orang yang berperilaku jujur. Sedangkan
orang yang berperilaku sebaliknya akan sentiasa di jauhi oleh orang lain. Orang
lain akan sentiasa merasa was-was bersamanya. Orang mukmin harus menjadikan sifat jujur
sebagai pakaian walau dimana pun atau waktu
bila ia berada.
10. BIBLIOGRAFI
Al-Quranul Karim
Al-Quranul Karim
Abdul
Aziz Ismail, (2001) Penawar Bagi Hati:
Kuala Lumpur : Penerbit Dinie Publisher.
Muhd
Nasruddin Dasuki, (2012) 100 Pesanan
Terakhir Rasulullah,
Al-Quran & Sunah Shah Alam : Karya Bestari Sdn. Bhd.
Al-Quran & Sunah Shah Alam : Karya Bestari Sdn. Bhd.
Syekh Muhammad
Jamaluddin, (2012). Bimbingan mukmin,
Kuala Lumpur : Percetakan Maju Jaya Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur : Percetakan Maju Jaya Sdn. Bhd.
Syeikh Abdul
Qadir Al-Jailani, 2011. Terjemahan.
Fathul Rabbani
Penterjemah : Akmal Hj. Mhd. Zain. Batu Caves : Al-Hidayah Publications
Penterjemah : Akmal Hj. Mhd. Zain. Batu Caves : Al-Hidayah Publications
Dr. Muhammad
Abdul Latif. 2012. “Lapan Tanda Ikhlas kerana Allah”
http://otam67.blogspot.com/2011/01/lapan-tanda-amalan-ikhlas-kerana-allah.html .
7 April 2013
http://otam67.blogspot.com/2011/01/lapan-tanda-amalan-ikhlas-kerana-allah.html .
7 April 2013
Abu Muhammad Bin Saleh.
2011. “Keutamaan
Ikhlas”
http://aljaami.wordpress.com/2011/02/28/keutamaan-ikhlas/. 7 April 2013
http://aljaami.wordpress.com/2011/02/28/keutamaan-ikhlas/. 7 April 2013
Hasan98.
1999. “ Nilai Hidup Menurut Islam”
http://hasan98.tripod.com/nilai.htm /.
13 April 2013
13 April 2013
Profesor Dr.
Muhammad Abdul Latif. 2012. “Pengertian dan hakikat jujur menurut
Islam”
http://hikmah-kata.blogspot.com/2012/09/pengertian-dan-hakikat-jujur-menurut.html.
11 Mei 2013
http://hikmah-kata.blogspot.com/2012/09/pengertian-dan-hakikat-jujur-menurut.html.
11 Mei 2013
Unitceramah. 2012. “Keikhlasan
hati dan sabar ketika bekerja”
http://unitceramah.blogspot.com/2012/09/keikhlasan-hati-dan-sabar-ketika-bekerja.html
12 Mei 2013
http://unitceramah.blogspot.com/2012/09/keikhlasan-hati-dan-sabar-ketika-bekerja.html
12 Mei 2013