Thursday, April 28, 2011

Nasyid Pertama Bandar Armada Putra



Syukur Alhamdulillah pada 23 April yang lalu Sekolah Kafa (i) Bandar Armada Putra telah menghantar peserta ke Kemahiran Amal Islami (KAMIL) peringkat daerah Klang yang berlangsung di SRA Sungai Udang Klang. Walaupun ini pertama kali sekolah menghantar peserta nasyid tetapi aku tetap berbangga dengan mereka.Walaupun sekolah lain hebat-hebat dengan persembahan mereka, tetapi apa yang dibanggakan murid sekolah kafa ini menunjukkan bakat mereka yang selama ini terpendam.

(Walaupun tiada alat perkusi yang mencukupi mereka tetap bersemangat berlatih)

Mereka berlatih selama sebulan dengan membawa lagu Selawat Badriah dan lagu ciptaan aku sendiri iaitu Ilmu Cahaya.Disini aku juga ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada guru-guru kafa yang bertungkus lumus melatih dan membimbing murid-murid. Walaupun tak menang tapi yang penting penyertaan kita.Anggaplah kumpulan nasyid kita ini baru sahaja dilahirkan dan memerlukan waktu untuk merangkak, bertatih, berjalan dan akhirnya berlari.Juga kepada peserta-peserta yang lain, pidato, khutbah jumaat, solat jenazah bercerita dan khat.
Semoga kita diberi kejayaan oleh Allah.


Hati Kama

Wednesday, April 27, 2011

Biodisc-Pengalaman ke Pulau Indah (siri2)


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah, walaupun sibuk dengan pelbagai tugas namun coretan didalam blog ini tetap diteruskan untuk dikongsi bersama. Pulau Indah, Pelabuhan Klang menjadi destinasi seterusnya bagi membantu insan yang benar-benar memerlukan.
Seorang pesara kerajaan, Tuan Haji Chiruki bin Atim (65 tahun) selama ini menderita dengan sakit lutut yang dihidapinya. Apatah lagi dengan menghidap kencing manis dan darah tinggi adalah perkara biasa bagi masyarakat Malaysia ini. Aku bersama En. Mat memulakan tugas awal dengan merawat lutut beliau dan juga pernah menyandang jawatan ketua kampung Sungai Pinang ini.
Permulaan dirawat dengan memberikan beliau minum air Biodisc sebanyak dua gelas.Seterusnya aku membasahkan lutut beliau dengan air biodisc dan memulakan rawatan secara teknik suluhan selama satu jam. Semasa rawatan aku memberikan taklimat khas mengenali apakah Biodisc dan kegunaannya. Akhirnya aku membekalkan sebanyak 10 liter air Biodisc untuk beliau amalkan. Disamping itu minyak urut yang biasa Hj Chiruki sapu telah aku rawatkan menggunakan biodisc.
Besoknya Haji Chiruki telah menghubungi En Mat dan menyatakan kesudian beliau memiliki Biodisc. Alhamdulillah beliau sudah rasa sedikit perubahan ke atas lutut beliau walaupun baru satu jam disuluh dengan Biodisc. Haji Chiruki juga bersetuju akan mengumpul kenalan beliau dari Pulau Indah untuk bersama-sama mendengar taklimat dan rawatan menggunakan biodisc. Aku bersyukur pasaran Biodisc sudah masuk ke Pulau Indah dan memberikan manfaat kepada mereka.
Wallahu a’lam.
Hati Kama

Kehadiran Biodisc ke Pulau Indah akan memberikan sinar harapan kepada pesakit-pesakit kronik.

Monday, April 25, 2011

Biodisc-Pengalaman Pesakit Strok (siri1)


Memiliki Biodisc bagaikan satu mimpi dalam hidupku.Secara kebetulan memiliki salah satu benda ajaib dunia telah membantu ramai orang malahan kegunaannya kadangkala tidak masuk akal. Kali ini aku ceritakan bagaimana pengalaman secara kebetulan aku membantu salah seorang pesakit strok dari Klang.

Abdul Aziz Bin Saleh (67 tahun) seorang pesara kerajaan tidak sangka pertemuan dengan aku pada empat bulan lepas telah menyelamatkan beliau dari terus merana kerana menghidapi penyakit angin ahmar (stroke). Beliau juga dikenali sebagai Abang Mat adalah bekas komando yang terawal ditubuhkan di Malaysia. Pada awal penderitaan beliau, kaki dan tangan sebelah kanan mengalami kebas sehinggakan tidak dapat mengerakkannya. Beliau yang mempunyai semangat yang kuat akhirnya pergi mendapatkan rawatan sehingga ke Melaka bagi menyembuhkan penyakit beliau.Kos yang tinggi dan masa yang diperlukan akhirnya tidak menunjukkan sebarang penyakit beliau akan pulih.

Diatas keizinan Allah, aku telah berjumpa beliau lalu menawarkan pertolongan bagi membantu meringankan penderitaan beliau.Seperti disorongkan bantal, abang Mat mengalu-alukan tawaran pertolongan ini bagi menyembuhkan penyakit kerana akan melangsungkan perkahwinan anak perempuan pada Mei ini.

Alhamdulillah dengan kuasa Allah yang maha perkasa, setelah empat bulan abang Mat dirawat dengan menggunakan Biodisc, beliau telah sembuh dari penyakit strok yang dihidapinya. Beliau bersyukur ke hadrat Allah kerana jodoh pertemuan teletak diatas ketentuanNya. Abang Mat sekarang ini mampu tersenyum dan terus mengamalkan rawatan Biodics.

Syukur Alhamdulillah.
Ustaz Kama

Sejarah Perkembangan Tasawuf dan Tarekat di Malaysia

Oleh: Kamarulnizam Sani Sungai Pinang, Klang 1. Pengenalan Ilmu pengajian Tasawuf adalah salah satu dari cabang pengajian Isla...