
Pada Sabtu lepas (30 April) telah berlangsung satu program wacana kecemerlangan pelajar siri 2 anjuran Biro pendidikan JKKK Kampung Sungai Pinang Bandar dengan kerjasama Aliran Bestari Consultant bertempat di dewan masjid Raudhatul Mukminin Sungai Pinang Bandar Klang.
Pada asalnya aku jangkakan peserta akan mencapai 100 orang yang terdiri dari pelajar yang akan menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Akhirnya tidak mencapai target. Ini kerana pada hari berkenaan ramai anak kariah yang mengikuti rombongan sekolah masing-masing. Akhirnya aku jalankan perancangan pelan B iaitu dengan menjemput pelajar maahad Tahfiz Hafiz klang seramai 15 orang dan maahad Tahfiz di Taman Ismail seramai 40 orang. Akhirnya peserta mencecah 70 walaupun kekurangan lagi 30 orang.
Walaupun peserta tidak begitu ramai, pihak consultant dapat menjalankan program dengan baik. Pihak consultant pun agak panik sementara kerana peserta kebanyakan dari pelajar tahfiz. Dengan pengalaman yang sedia ada, program yang dikendali oleh Ustaz Suhaimi pada siangnya berjalan dengan lancar.
Pada malamnya pula, adalah ceramah sentuhan qalbu oleh Ustaz Ahmad Fuad. Ramai yang mengalirkan air mata apabila mendengar ceramah tersebut. Memang menyentuh diqalbu. Dan penutup sijil disampaikan oleh Encik Ali Bin Mat Rasid selaku menggantikan ketua kampung yang membuat lawatan sambil belajar ke Kelantan. Program ini juga telah dicemari dengan insiden kehilangan telefon bimbit kepunyaan salah seorang peserta ketika sedang bersolat maghrid didalam masjid. Bayangkan siapalah punya angkara didalam masjid pun sanggup mencuri. Semoga Allah membalas setiap apa perkara buruk yang dilakukan.
Hati Kama