Monday, December 29, 2008

Minggu Yang Sibuk

Macam YB bila setiap minggu dan pantang ada cuti umum maka disitulah diari kehidupan aku diwarnai dengan berbagai-bagai aktiviti. Mula dengan cuti Krismas, maka sibuklah satu hari suntuk aku mengecat bilik tidur Aisyah. Tema bilik Aisyah aku memilih warna biru yang lembut. Lebih sejuk mata memandang.

Hari Jumaat macam biasa aku pergi kerja. Kenapa rajin sangat aku nih..kat opis teman sekerja semuanya ambik cuti direct sampai hari Isnin. Tapi takpalah lagi ramai cuti lagi seronoklah.

Hari Ahad tengahhari ada demonstrasi Silat Gayong kat Rantau Panjang. Bawak budak-budak buat persembahan. Petang pulak ada jemputan kenduri kahwin kat sini.

Ahad malam adalah pembukaan diari kehidupan aku. Kali ni sempena menyamput tahun baru Islam sebelum maghrib aku lari ke surau. Pak Imam Idris membaca Doa akhir dan awal tahun. Tersentuh hati ini. Malam aku terus beri'tikaf di Masjid Meru sampai ke pagi mengikuti program disitu.

Jadi sempena menyambut Awal Muharam ini, aku perlu berhijrah dari apa yang kekurangan terhadap diri ini adalah lebih baik dari akan datang.

No comments:

Post a Comment

Sejarah Perkembangan Tasawuf dan Tarekat di Malaysia

Oleh: Kamarulnizam Sani Sungai Pinang, Klang 1. Pengenalan Ilmu pengajian Tasawuf adalah salah satu dari cabang pengajian Isla...